Sunday, August 9, 2009

JaNgan PuTus Asa...


Never ever give up, jangan mudah putus asa. Kata-kata ini perlu anda pegang.

Jangan mudah putus asa sayang, banyak yang kita akan rugi.

Di dalam hidup, rintangan, ujian dan halangan adalah lumrah. Tidak kisah apa usaha anda, jangan sesekali putus asa. Walau apa pun yang mendatang kepada anda, hadapi ia dengan cekal dan tabah. Lama kelamaan, hati anda akan teguh dan kuat di dalam mengharungi hidup ini.

Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut. Positif kan minda anda, kegagalan itu sebernarnya permulaan kejayaan anda.

Bersabar dan Bersikap positif dan tidak negatif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Jadi buat apa kita nak putus asa, mari kita setkan minda kita hari ini yang tiada istilah putus asa dalam diri kita. Ayuh semua kejayaan sedang menanti kita di hadapan. Mari berfikir cara yang lain dan capaikan matlamat anda.

Saya pergi dulu, anda lambat anda akan tertinggal nanti. Mulakan langkah anda ya.

Wasalam.


Inspired by.. Mohd Rizal Atan, KPMB 1999-2002





Yang ni...

Award yang acik Lizz dapat dari adik Iman... anak mama Imah!!
He..he.. tq ye adik Iman!! Acik baru je ternampak.. tu yang lambat le sket bagi respon!!!

10 Hobi?...

1) Dengar lagu
2) Tengok drama bersiri Korea dan Mandarin
3) Main ngan anak sedara
4) Lepak
5) Tidur
6) Makan
7) Bercerita kat fb or blog
8) Baca novel
9) Tengok National Geographic
10) Tengok kartun Doraemon

Adik Iman jangan tiru sangat tau..? Semua tu.. hobi yang tak patut dicontohi!!! He..he..


Em.. tak tau nak bagi award ni kat siapa lagi.. sebab semua kekawan acik, dah pun adik Iman bagi..

So.. Tak payah le ye..

Thanks Again..




~OpeRasi~

he..he.. oleh kerana kat umah sibuk ngan anak sedara,tak sempat nak buat entry ni.. jadi aku curi masa kat ofis ni.. ha..ha.. jgn marah, 15 minit je la!!

nie citer petang hari Jumaat! alang-alang dah tak boleh nak fokus untuk baca buku... aku join kakak-kakak aku dan mak aku ke shopping mall...and also.. si kecil, Rizqan!!

Bila angah aku ajak g KbMall nak cari sandal baru ... aku on jea sebab tetiba teringat masa aku baca entry Ena hari tu pasal Kilang BATA, tergoda aku nak beli sandal baru...
ha..ha... lagipun, sandal yang biasa aku pakai tu dah hampir haus tapak dia..kena cari yang baru sebelum ianya "nazak" kat tengah jalan dan menyebabkan aku tersungkur depan orang ramai!!!



Sebelum mula operasi serang KbMall, kena isi angin tayar keta dulu...








Bertolak....






then,isi perut askar-askar...










Pastu.. operasi bermula....
!!

Kitorang berpecah kat floor yang jual kasut tu, masing-masing pergi cari sendiri punya..
dan.. bertemu kat satu port, and tunjuk pilihan hati masing-masing... maklum ler.. kena ambil kira pendapat sume askar,baru operasi ni complete!!!


Along punya choice.....





Polo - Rm69.90





Angah punya choice.....






Carlo Rino @ CR2 - Rm 79.90





Aku punya choice.....





Sentini - Rm 69.90





After that.. kitorang ke homemart.. beli barang-barang dapur ...

Tak banyak yang dibeli.. sebab kena balik rumah sebelum Maghrib,memang tradisi keluarga aku, kalau keluar rumah, mesti kena balik rumah sebelum Maghrib.. Lain citer pula kalau dah keluar rumah selepas Maghrib!!!!

Lagipun.

Tengok ni... Rizqan dah nampak cam boring je sebab lama sangat kena tunggu!



So... Operasi kitorang pada petang hari Jumaat ni berjaya dengan masing-masing dapat sepasang kasut.. termasuk mak aku!!

He..he...nanti nak cerita pasal aku teman Along aku pergi buat facial kat Beauty Saloon kawan aku...