Tuesday, February 16, 2010

"Kekasih Lama - Dirindui Entahlah".....

Semasa aku blog walking kat blog Something is Special.. aku amatlah tertarik dengan N3 pemilik blog) mengenai ulasan beliau tentang N3 dari Blog Nadia Yuna..

"Kekasih Lama - Dirindui Entahlah".....


Nadia Yuna sedang merindui kekasih lamanya dan mintak tolong kawan-kawan beliau untuk melupakan kekasih lamanya.....

Yang ni cara-cara untuk melupakan kekasih lama yang
  1. Penuhkan hidup anda dengan aktiviti-aktiviti lain i.e bersukan ke, pi camping ke ngan kawan2... So dengan itu minda anda akan dipenuhi dengan benda2 lain.... so kurang la kebarangkalian untuk mengingati kisah2 lampau...

  2. Jangan bersendirian atau berfikir banyak sangat sebab dengan automatik ianya akan menyebabkan kita ingat pada sidia....

  3. Apa kata cari kekasih baru dan happy2 so tak le kita merindu-rinduaan pada yang lepas kan....

  4. Dekatkan diri dengan Pencipta kita, banyakkan mengerjakan solat dan baca Al-Quran, minta pertolongan daripada Allah untuk ditenangkan fikiran kita......

  5. Kalau rasa susah sangat, apa kata lupuskan semua gambar / pemberian / surat / sms daripada bekas kekasih.. Apa-apa pun semoga ianya dapat sedikit sebanyak meringankan beban......
Yang ni aku nak tambah...

  1. Anggap saja dia bukanlah JODOH kita dan ALLAH S.W.T sememangnya dah sediakan seseorang yang lebih baik dan sempurna untuk dijodohkan kepada kita.
  2. Mungkin sukar.. tapi, cubalah anggap bahawasanya, dia hanyalah berupa sebuah MIMPI dan kewujudannya adalah bersifat sementara.
  3. Ingatlah, kasih daripada ALLAH S.W.T adalah kasih yang paling sejati.

Nampak macam senang je kan nak bagi nasihat kat orang...? Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul sebenarnya...
-> Orang lain mungkin boleh bagi pandangan.. namun , hati yang empunya diri..? Siapa yang tahu.. kan?...

Kepada CIK NADIA... semoga anda dapat melupakan bekas kekasih tu dengan kadar yang segera dan semoga anda bertemu dengan JODOH yang sebaik-baiknya.. INSYAALLAH.


P/s :

Semasa N3 ni dibuat, terdetik seketika tentang my TEMAN TAPI MESRA tu..

-> Seems dia lain semacam je.. Aku rasa cam dia ni still rasa CINTA dan SAYANG kat aku je tu..?
---> Cam dia nak lawan perasaan sendiri plak! Taknak terima hakikat yang aku still rapat ngan dia sebab memang betul dalam hati aku dah masukkan dia dalam golongan kawan yang paling aku suka dan sayang? 2-3 hari ni, dia tetiba cam bermasalah, elakkan diri.. taknak kawan ngan aku terus.. Tak patut kan?
---->> Nak peningkan kepala aku lagi la tu..!? Takde maknanya.. aku dah cukup BAHAGIA sekarang!
----------->> Cuma, aku tak suka la.. Tetiba hilang kawan ni! Berkawan biar seribu kan..?