Wednesday, February 24, 2010

KAWEN??





Aku kena ceramah kat mak aku satni!

Ceramah ni bermula dari kisah petang tadi.. !

Puncanya, Ni dia.. perbualan MAK aku ngan JIRAN aku!

"Bila za nak kawen..?" - Jiran
"Ada rezeki, ada la tu..! - Mak
"Hish.. dah lewat ni..!" - Jiran
"Zaman sekarang, tak kisah la lewat pun.." - Mak
"Ada orang suruh saya jadi orang tengah ni.." - Jiran
"Apa tu..?" - Mak
"Sudi tak? Anak bla... keja bla..umur bla.. baik gitu.. baik gini.." - Jiran
-->Perbualan seterusnya.. Malas aku nak cerita!

So, kejap tadi.. mak aku terus bagi aku ceramah dan suruh cepat-cepat suruh calon pilihan hati aku ke rumah untuk dinilai!

Dengan selambanya aku jawab " CALON RAMAI.. TUNGGU PILIH JE!!"
-->>Lagi la mak aku rancak.. bla bla bla bla...

Last ayat dari mak aku yang buat aku terfikir sejenak!

"Jangan kecewakan hati orang.. nanti bila dia rasa terkecewa, ntah apa yang dia akan buat kat kita agaknya!"
--> Mungkin dia berdendam.. menyumpah seranah dan mungkin jugak dia cukup rasa teraniaya dengan aku.. lantas, dia akan sentiasa doakan yang buruk untuk aku!.. Doa orang yang teraniaya ni.. biasanya akan dimakbulkan Allah S.W.T. "

Maksud tersirat yang mak aku nak aku faham dari statement kat atas:

"Jangan bagi harapan kat sesiapa pun.. jika dalam hati..kita tau, takkan tertunai oleh kita!"
(Mana la nak tau in advance kan..?)

"Jangan tergila-gilakan dan sesekali berniat nak rampas suami/hak orang!"
(Kalau suami orang yang tergila-gilakan kite, camner mak? Lagipun, hati dan perasaan.. mana boleh nak halang! Allah kan izinkan POLOGAMI!..?)

"Jangan main kayu tiga.." (Kayu 4 boleh la kot!..)

Hihi.. Tetap gak nak wat lawak.. sampai mak aku dah tak jadi marah.. gelak ada la...!

Apa-apapun, malam yang sepatutnya DINGIN, dah bertukar jadi HANGAT!!
Hatiku gundah gulana ni.. CAMNER nak HANDLE problem ni? Adakah harus ku pakai HANDLE BESKAL? ataupun MOTOR?
Pening ...

P/s:
Aku tak sesekali mendoakan yang buruk terhadap sesiapa yang pernah buat benda jahat kat aku.. Tapi, aku yakin.. ALLAH S.W.T itu maha kaya! Setiap perbuatan, pasti ada balasannya!!
->Banyak-banyak la wat jahat kat aku.. Tipu aku gitu, tipu aku gini.. Persendakan kasih sayang yang aku curahkan.. persahabatan, perhubungan baik selama ni..!!
->Ingat la.. Hari ESOK selepas Hari INI!!





Nak SOUND ke TAK SOUND?

Hangin satu badan aku hari ni...

Huwargh.. dah BATUK-BATUK ni!!..
Geramnya.. Naper susah sangat nak ikut RULES ni?
Merokok dalam ofis! ....

Aku ni dah la antibodi tak berapa bagus, senang diserang penyakit!..

Kan dah batuk-batuk ni?

Harap-harap, takdelah berlarutan! Tak larat beb!...

Malas nak amek MC dah!..
Huhu.. Last year, 6-7 kali aku MC! Nampak sangat aku ni tak kuat!
DEMAM SOKMO!! Selalu gak aku kena marah pasal tak jaga kesihatan!.. Bukan aku tak beringat.. tapi, dah nasib badan, memang sensitif sangat (cam tuan la.. )!..
Habuk, asap.. sume ku tak tahan! Mesti terbersin, terbatuk dan pastu.. selsema.. then, kalau melarat, demam la pulak!!..


Huwargh......... perlukah aku sound diorang? Hmmm.. segan la pulak!
Tapi, kalau tak sound... berterusan la plak kan? CAMNER ni?

Tolong.. ku di dalam dilema ni!!
Diorang ni sume baik-baik.. but, satu perangai ni je yang aku tak gemar!! MEROKOK!...
Itupun dalam OFIS!! Kalau kat luar.. lantak diorang la kan? Takde kaitannya ngan aku!
Lain la kalau diorang ni PAKWE aku ke, SUAMI aku ke... Sure aku minta STOP SMOKING!





LUAHAN HATIKU

Saya tidak pernah cari gaduh dengan dia.
Saya tidak pernah memburukkan dia
apabila rakan2 lain memburukkan dia di depan saya.
Sebolehnya, saya memang akan
back up dia sebab bagi saya, dia adalah saudara saya.
Kalau tak ada
point nak back up pun (sebab memang salah
Publish Post
dia), saya akan senyap dan senyum sahaja. Tiba-tiba saya dengar cerita yang dia berkata tentang saya.
Bercerita, menuduh dan membuat andaian yang bukan-bukan terhadap saya.

Sebelum ini pun, memang pernah saya dengar dia bercakap-cakap tentang saya.

Tapi, cerita yang satu ini benar-benar buat saya terkilan.
Terkedu sebentar mendengar cerita itu.
Sampai hati dia kata macam tu kat saya..
.......
Tanpa usul periksa.
Saya tahu, walaupun RAPAT CAM bersaudara..
dia tidak langsung menganggap saya sebagai saudara.
Dia masih menganggap saya sebagai
orang luar yang tidak ada kena mengena.
Saya tidak kesah tentang hal itu.

Sedikit pun saya tidak heran
kalau dia tak anggap saya saudara dia.
Bukan dia beri saya makan pun.
Bukan dia yang bayar gaji saya.
Tapi, kenapa dia buat cerita macam tu?
Apa faedah nya? Apa yang dia dapat dengan buat saya begitu? Sampai hati.. (dah dua kali duk sebut perkataan ni)

Sebolehnya saya tak nak campurkan hal peribadi dengan kerja.

Tapi, sekarang..............
Sorry to say, nak pandang muka dia pun saya tak boleh.
Saya jenis yang payah nak membenci seseorang.

Tapi, kalau sekali saya benci.... saya tidak boleh buat-buat
suka.

Saya tahu, saya sepatutnya
belajar memaafkan orang lain.
Jadi......... saya akan cuba memaafkannya kerana saya yakin, segalanya kan ok.
Namun, untuk melupakan....
Biarlah masa yang menentukan.

Saya baru je dapat tau rupanya banyak yang dia tipu saya!
Saya sangkakan dia benar-benar ikhlas ngan saya..
..!!
Saya ingatkan dia betul-betul JUJUR ngan saya!!
Tapi,... itu hanya sandiwara sahaja!

Huwargh.. SUCI MURNI dan TULUSnya saya!
Saya tak tau pun yang saya dah lama diperbodohkan..
Sampai hati dia!
BODOHNYA SAYA!.
(Edisi KUTUK diri sendiri ni,Bukan BERDENDAM ngan sesiapa!!)