"Badan ku kurus, bukannya kurang makan...
Mataku merah, bukannya kurang tidur..
Sedih hatiku kerana.. si jantung hati..
Ohh.. si jantung hati.!!"
Hua hua.. aku dah kurus ni! Timbang tadi, turun lagi sekilo!
(Tapi, naper pipiku tetap kembung?)
Tak nak wei.. karang kurus sekeping.., Potongan badan lari pulak! HODOH!
Berat menurun sejak kes hari tu.. TAK LALU MAKAN konon...!?
Tengok? Sapa susah? Aku jugak...! Dah kurus camni... Seluar pun dah longgar!.. Kena pakai satu-satunya jeans LADYLIKE ku yang saiz 27 tu... Tak boleh bergilir ngan yang lain dah....
Lagi satu, Bukan aku sengaja makan sikit sebab nak kurus atau sebab PUTUS CINTA!..
Tapi, tangki perut aku memang kecik !!
(Ada orang pernah cakap camni kat aku..!)
Makan sikit je.. dah tak dapat sumbat ke mulut dah! Bukan niat nak membazir! Memang tak dapat telan! Aku selalu order nasi separuh... Tapi, kekadang.. TETAP TAK HABIS MAKAN!!
Lagi-lagi la kalau time hari bekerja, area opis aku... semua kedai pun masakan dia tak sedap!!
Nak makan fast food? Jangan harap la wei... Kena drive 20 minit ke pekan satu lagi! Tu pun, KFC je la!!..
(Teringat plak waktu dating bertiga ari tu..!)
Berlainan ngan area rumah aku.. Tengah-tengah Bandar Kota Bharu.. semua ada! Semua masakan sedap! Jarang nak jumpa yang tak sedap!!.. Lagi-lagi kalau masakan kat rumah aku!.. CONFIRM SEDAP!! Hihi.. Puji diri sendiri pun boleh ke?
Hari ni..online kejap je.. (Sempat la chatt ngan IMAH!)
Bosan pasal kes VIRUS GILA tu la!..
Jadi, aku lepak-lepak depan tv.. kemas rumah, cuci pakaian.. masak-memasak... layan anak, suami...
Eh, mana ada anak lagi? Nikah pun belum!!.. (haha...Cam surirumah la pulak kan?!!)
Petang dalam kol 5... keluar cari cari lauk dan sayur kat MALL.. Ye la kan, mana ada barang yang FRESH kat pasar basah time-time camni? Memang purposely beli lauk pauk je la.. tak lama kat situ.. Hujung minggu camni, orang ramai! Rimas la.. So, tak sampai sejam .. aku dah lepak depan tv umah aku dah!!
Jap g ni.. selepas N3 ni siap, aku nak dengar lagu je.. Yeay.. yang baru siap download malam tadi, dah convert ke cd.. esok dengar dalam keta on the way gi OPIS!
Esok SABTU.. kena gi opis?
Ops...Jangan pelik dulu, Esok ada KEMBARA BERBASIKAL JAJAHAN dan aku kena bertugas .. Cam biasa kalau ada majlis, kena hias meja, sediakan GOODIES dan HADIAH-HADIAH.. serta HAMPER!!..
Hah!!? Kol 7.00 pagi dah kena sampai kat situ..? heheh.. aku kol 8.00 pagi la,! yang kol 7.00 tu,.. geng-geng belia yang dah terpilih oleh pihak atasan! (Aku yang comel ni tak dpilih? hihi.. SYUKUR!!!!..)!!
Oklah,.. before sign out.. Nak tanya korang, Kalau namanya KAWAN.. tak boleh ke nak SMS? MMS? CALLING-CALLING? PELIK!! Bagi aku, memang PELIK! Takkan ngan couple je kita boleh selalu buat camtu? Ngan KAWAN?
Ke korang fikir camner?
P/s : Ingatkan dah sembuh takyah la makan ubat sampai habis! Tengok.. dah berair hidung pulak sebab berjaga malam tadi! Antibodi cam budak-budak! LEMAH sesangat! Tak bertenaga! Tak cukup ZAT! heheh.. Mengata diri sendiri pun boleh aku ni!?..
(Again, teringat lagi kat orang yang suka NGEPEK kat aku tu..!)
Ok la.. Jumpa esok kalau aku online..
Nite, SLEEP WELL.. NICE DREAM!
Doakan aku cepat jumpa JODOH ye? Heheh.. Boleh ke mintak gitu?
