Sunday, August 23, 2009

MAJLIS PENGURNIAAN DIRAJA-PART 1

MAJLIS NI ADALAH PADA 19 OGOS 2009..
DAH BERMINGGU KAMI SELURUH WARGA PTJM BERTUNGKUS-LUMUS MEMBUAT PERSIAPAN...

AKU DITUGASKAN DI RUMAH KETUA JAJAHAN..
HARI PERTAMA, AKU, TG WAJIHAH, GEE DAN KAKZAH SAJA YANG KE LOKASI..KEMAS APA-APA YANG PATUT..KISAH LUCU TERJADI DI SINI... KAMI DIKEJUTKAN DENGAN KEHADIRAN 2 EKOR ANAK TIKUS... PUNYA LA GELI.. SI TIKUS TU PULAK... PANDAI PLAK!! MUNCUL DI WAKTU KAMI TENGAH PANIK NAK BUAT PERSIAPAN.. SEPETANG DIHABISKAN DENGAN ADEGAN KEJAR-MENGEJAR TIKUS-TIKUS TU...
AKHIRNYA, SEEKOR BERJAYA MELARIKAN DIRI KE LUAR RUMAH DAN SEEKOR LAGI DIPUKUL SAMPAT MATI OLEH PENJAGA RUMAH!! LEGA!! BAYANGKAN KALAU MASA VVIP BERKUNJUNG.. TIBA-TIBA KELUAR TIKUS-TIKUS NI MENARI-NARI DI DEPAN MEREKA..??? MATI KAMI!!!


ANTARA GELAGAT KAMI MASA KEJAR TIKUS.. HE..HE.. SEBENARNYA, BANYAK LARI DAN LOMPAT DARI KEJAR!!





Ganjaran Puasa Ramadhan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah AzzaWajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

Riwayat Bukhari & Muslim



Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.
iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.
iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.


" SELAMAT BERPUASA"

~KEMBALI PADAKU~

CEH... semacam je bunyi tajuk kat atas tu...
he..he.. apa yang kembali tu..? Sebenarnya, hari ni aku dapat kembali laptop aku setelah hampir dua minggu dipinjamkan kepada angah aku..
Huh.. semalam,(Sabtu) punyalah hampa bila angah sekeluarga balik umah dan tau tak...? Tanpa laptop yang kurindui...!! Tertinggal kat umah dia!! Tengok je muka aku yang hampa,.. terus dia say "Sori la... lupa!!, Esok abang gi hantar kat ofis!!"
hari ni.. abang ipar datang ke ofis dengan uniform kerja dia dan anak-anak buah dia sekali..!! Kesian plak dia.. dah kena tunggu selama hampir lima belas minit kat parking.. He..he.. sori le.. tengah sibuk, tak sempat tengok handphone!! Tengok-tengok..Ada 5 miscall!!

Setelah hampir dua minggu tidur awal sebab takde aktiviti.. kini waktu malamku akan kembali cerah ... He..he.. bestnya.. bestnya.. best kan..???