Showing posts with label LUAHAN ZAZA. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN ZAZA. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

alos2..


Siri drama.. too famous sekarang.. baik atau tidak?.. positif atau negatif?..
~alos2.. rasanya, lebih pada ke arah negatif.. [pendapatku..]
~huhu.. tak suka sgt2!~
~dah terbukti, ada yg terlampau fanatik pada siri kegemaran hinggakan terbawa-bawa dalam kehidupan seharian..
~huhu..
~fikiran jadi negatif, x menentu!
~tak sukanya bila ada orang di sekitar aku jadi negatif dek terlampau fanatik pada siri kegemaran mereka tu.. ~huhu..~
~alos2..~

~jeng~

Wednesday, October 27, 2010

BaHagiAKah KiTa?..


"Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia".

Jalan Terbaik.. bersyukur seadanya dengan segala anugerah daripada Allah S.W.T .

P/s: sudahkah korang dapat apa yang korang inginkan? bahagiakah korang?..

Friday, October 8, 2010

Amarah Jiwa..

Sebak di dada. Nak marah tak boleh pulak.. aduh, kenapa ye..?
Susah sangat ke nak faham apa yang aku mahu? Aku ni raja? Oh no no.. aku wanita biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang.. kenapa boleh wujud kurang persefahaman?

Camner nak teruskan hubungan kalau tiada langsung keserasian di jiwa?

Baru aku tahu, Rasa sayang dan cinta rupanya belum cukup untuk memastikan kita bahagia.. Unuk bahagia, kita perlukan keserasian..Dua jiwa tapi, satu hati....


Monday, July 26, 2010

Aku bahagia..





Rasa hati yang tak dapat diluahkan.. hanya mampu terbuku di kalbu ini..

Hati mekar disulami bunga-bunga cinta..

Langkah pertama dah berlalu dengan jayanya.. meniti masa untuk ke peringkat seterusnya..!..

Semoga segalanya seperti yang dirancang..

Bahagia hingga akhirnya.

Amin.


Wednesday, April 21, 2010

Aku yang di dalam dilema...

Di dalam dilema.. antara logikal dan kata hati aku sendiri..
Mak oih, bertentangan...

Mana satu yang patut aku ikut ni? Pening-pening...

Hati ni keliru... macam "Ditelan mati Ibu, Diluah mati Bapak"...!

Please la... sejak semenjak dua menjak ni, bercelaru je minda ini..

Dah buat solat hajat minta ditenangkan fikiran..
Solat Iskthikarah mintak petunjuk.. dah segala usaha dibuat..

Tetapi fikiran ni.. tetap bercelaru jugak...!

Sekarang.. just boleh sabar dan sabar....
Ya Allah, kuatkanlah semangat hambamu ini...

Friends...
Aku rasa, nak bawa diri la.. cuti panjang gi berkurung dalam gua.. Ok tak? haha..




Sunday, April 4, 2010

Being SINGLE is OK!...

Being Single is OK?

Betul jugak kan..?

Time single ni la aku bebas bergerak secara solo..
Aku boleh bertindak tanpa perlu fikirkan pasal "seseorang" tu nak rasa cemburu ke... apa ke..

Tak perlu pandang kiri dan ke kanan.. tak perlu toleh ke belakang.. just, move forward je...
Ikut kata hati nak buat apa, selagi ianya tak melampaui batas dan adat Islam.

Sekarang..aku rasa sangat "COOL"..
Walaupun pernah ada TSUNAMI yang melanda, semuanya dapat dihadapi dengan tenang!
Syukur... di sebalik setiap kejadian.. ku pasti, sudah tentu ada hikmahnya!
Allah Maha Penyayang..

P/s:

In love as well as in friendship, don't let yourself be blindly carried away by a certain taste for adventure and exoticism; the awakening might be brutal if you did not take necessary precautions in time....

Semoga ALLAH S.W.T jodohkan aku dengan sebaik-baik insan...
Amin...

Monday, March 29, 2010

haRI GiLa SeDuNia..

HaRi gILE sEdUniA BagIku..

Mak Oih.. Orang Tu MaRah, ORang Ni KeCik Hati, Orang Ni MeRaJuk...
OraNg NuN Plak meNyibuK2..

Keja bertimbun.. Tapi, dok risau benda-benda ni plak!!.. Huhu..

PeNiNg Aku HaRi Ni..!!
(Saja je campur-aduk huruf besar dan kecik kat atas tu, bagi korang yang baca N3 aku ni pening sekali!.. Huhu.. Ada orang baca ke wei...?)

Perangai aku yang cukup aku tak gemari... !

AKAN " get easily worried..!"

ACTUALLY,
AKU AKAN STAY RASA TAK SELESA DAN SENTIASA RASA TAK TENANG KALAU BERADA DALAM SITUASI CAMNI...!

Ntah apa-apa la aku ni kan..?
Bilalah aku nak matang dan tenang dalam menghadapi hidup seharian ni...?
Ke nak kena "ENCIK SUAMI.." guide aku?..
->> Nampak gayanya, lambat lagi la tu ...!


I REALLY Want to Stay away from stormy discussions and conflictual relationships...




Thursday, March 25, 2010

" Ya Allah.. Sesungguhnya Aku Lalai dan Alpa Dalam Mencintai Mu dan Rasul Mu... Aku Mementingkan Cinta Dunia Dari mencintai Mu, Ampunkan Aku Ya Allah.

Again..

Keja banyak.. SKT MINGGUAN.. pastu, SKT BULANAN plak kena buat!..
Dan Fail pun bertimbun ni...! Tapi, takde mood je nak keje...! Aku Buat ni pun dalam keadaan terpaksa!.. Huhu..

Lagi satu ni...
Asyik terbatuk-batuk je..! Ada orang sebut ke, aku nak demam ni!..?

Naper ni? Sebulan dua ni, MOOD aku asyik LARI je..? , Hati plak gelisah.. Gundah gelana?!...

Bilalah hidupku ni nak alalalala manjang tanpa sebarang kerisauan..?

Tengok ni.... gambarku yang latest..
Semalam SNAP kat kantin!

Aku ni boleh tahan CUN kan?!..
Tapi, KENAPA BERMASALAH SENTIASA HAH..??






Esok kalu jadi nak GAMBLE ke CAMERON HIGHLAND ngan kekawan..
Harap-harap jadi la... Boleh gak RELEASED2...



Wednesday, February 24, 2010

LUAHAN HATIKU

Saya tidak pernah cari gaduh dengan dia.
Saya tidak pernah memburukkan dia
apabila rakan2 lain memburukkan dia di depan saya.
Sebolehnya, saya memang akan
back up dia sebab bagi saya, dia adalah saudara saya.
Kalau tak ada
point nak back up pun (sebab memang salah
Publish Post
dia), saya akan senyap dan senyum sahaja. Tiba-tiba saya dengar cerita yang dia berkata tentang saya.
Bercerita, menuduh dan membuat andaian yang bukan-bukan terhadap saya.

Sebelum ini pun, memang pernah saya dengar dia bercakap-cakap tentang saya.

Tapi, cerita yang satu ini benar-benar buat saya terkilan.
Terkedu sebentar mendengar cerita itu.
Sampai hati dia kata macam tu kat saya..
.......
Tanpa usul periksa.
Saya tahu, walaupun RAPAT CAM bersaudara..
dia tidak langsung menganggap saya sebagai saudara.
Dia masih menganggap saya sebagai
orang luar yang tidak ada kena mengena.
Saya tidak kesah tentang hal itu.

Sedikit pun saya tidak heran
kalau dia tak anggap saya saudara dia.
Bukan dia beri saya makan pun.
Bukan dia yang bayar gaji saya.
Tapi, kenapa dia buat cerita macam tu?
Apa faedah nya? Apa yang dia dapat dengan buat saya begitu? Sampai hati.. (dah dua kali duk sebut perkataan ni)

Sebolehnya saya tak nak campurkan hal peribadi dengan kerja.

Tapi, sekarang..............
Sorry to say, nak pandang muka dia pun saya tak boleh.
Saya jenis yang payah nak membenci seseorang.

Tapi, kalau sekali saya benci.... saya tidak boleh buat-buat
suka.

Saya tahu, saya sepatutnya
belajar memaafkan orang lain.
Jadi......... saya akan cuba memaafkannya kerana saya yakin, segalanya kan ok.
Namun, untuk melupakan....
Biarlah masa yang menentukan.

Saya baru je dapat tau rupanya banyak yang dia tipu saya!
Saya sangkakan dia benar-benar ikhlas ngan saya..
..!!
Saya ingatkan dia betul-betul JUJUR ngan saya!!
Tapi,... itu hanya sandiwara sahaja!

Huwargh.. SUCI MURNI dan TULUSnya saya!
Saya tak tau pun yang saya dah lama diperbodohkan..
Sampai hati dia!
BODOHNYA SAYA!.
(Edisi KUTUK diri sendiri ni,Bukan BERDENDAM ngan sesiapa!!)





Sunday, January 17, 2010

AKU DAH PENAT WALAU BELUM TENAT!!



Penat sangat hari ni!! Ingat malas nak buat n3.. tapi, ntah nape, tangan ni, nak jugak sambar laptop ni!!

Hari ni, sibuk seharian kat opis... Yelah, selepas mc 2 hari, cuti 3 hari.. Gini la jadinya!! Tambah lagi, Emma praktikal tu takde!! Jadi cam beruk la aku.. ke hulu ke hilir hantar tugasan!!

Breakfastnya idak, lunch tak lalu makan pulak tu, mau pengsan kalu hari-hari gini jadinya !!! Merana la perut aku malam ni... Dah tau ada gastrik, makan tak menentu!! Huhu!! Sabar je la.. !!

Tapi, pernah tak korang terasa... bahawasanya, kalau penat tubuh badan, takde le separah penat kat dalam hati kan? Kalau badan tu penat, lepas rehat.. hilang la penat tu.!! Tapi, kalau penat dan lemah rasa kat dalam lubuk hati tu, bukannya senang nak hilang!! Segala-galanya akan mempengaruhi kehidupan seharian kita, tak kira dari segi pemikiran atau apapun...?


Ni la yang sedang aku rasa sekarang......


AKU PENAT!!! PENAT!!! PENAT!!!
SHOULD I LET GO!!!??