Thursday, September 24, 2009

RAYA.........

Alhamdullillah.... dah raya pun...!! Hampir 2 minggu tak sentuh laptop kesayanganku.. Maklum le, sibuk sesangat..!! Sebelum raya, sibuk buat kuih raya... dah raya, sibuk plak nak beraya.. Tahun ni, Raya pertama kitorang kat KOTA BHARU, ke kubur dan menziarah rumah saudara mara..
Pagi raya kedua,bertolak ke KEDAH,rumah tunang Alang (adik aku).. bagi duit hantaran kahwin.. ! Adat orang Kedah, kita kena bagi duit hantaran kahwin kepada pihak perempuan, 2 bulan sebelum akad nikah..! ( Ye ke wei..?)..
Pastu, kitorang terus balik Ipoh.. rumah Along aku la...

Raya ke3 kat umah Along..

Pagi raya ke4, Kitorang balik KOTA BHARU pulak sebab Along dan abang ipar nak balik JOHOR (kampung abang ipar)

Happening sesangat RAYA family aku tahun ni... !! PENAT wooooo... Tapi, best!!!!!!

Gambar-gambar kat bawah ni,yang disnap dari handphone aku la.. next time, nak upload yang dari kamera plak.. lagi banyak dan cantik-cantik!

Pagi raya pertama.....

Mak & Ayah




Along & Abang Bob




Angah,Abang Mie & Rizqan



Uda, Awa , Iz'ann & Izzatti









NOT AT HOME....

ALANG & USU..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN... SEMOGA TAHUN DEPAN, KITA PANJANG UMUR DAN DAPAT MERASA LAGI.. PUASA DAN RAYA!!!


raya korang pulak apa citer? best?...








Monday, September 14, 2009

Pasar pagi...

Hari ni .. curi watu pejabat.... ( tapi, ada minta kebenaran dari bos la...)keluar jalan2 kat pasar pagi berhampiran ofis aku..!!
Ni la first time aku buat kerja camni!! Tak tahan godaan wo.. bebudak praktikal kat ofis aku ajak!!
Diorang kata best camtu la.. best camni la...

EM.... nasib baik.. walaupun, seluruh banjaran tu penuh ngan keta dan orang lalu lalang, kitorang dapat parking semudah ABC je...
Pasar pasi ni kalau kat sini, orang panggil " Pasar Sena" ataupun.. "Pasar Isnin" sebab ianya hanya ada pada hari Isnin jer..

Kat sini, macam2 dijual... lazimnya kalau bukan musim raya pun dah banyak ...
Kain pasang, kain tudung, baju Melayu, baju kanak2, selipar,beg... dan macam2 lagilah...
Yang paling bestnya pada musim nak dekat raya ni... banyak kuih-kuih raya... Nampak cam best je.. harga pun murah!! Budak praktikal tu, beli 2 jenis.. biskut tembikai dan biskut cornflakes. Tapi,... aku tak la beli sebab nak buat sendiri kan..?

Actually, buat sendiri lagi banyak pakai modal ..?! Masa pun kena luangkan banyak. Tapi,takper la kan... sebab Confirm lagi best and bersih!! Ha..ha..

Dalam taknak beli apa2 tu.. sempat gak aku beli kuih basah untuk makan time buka karang... banyak gak habis.. beli kuih traditional Thailand.. sebab nampak cam sedap sangat!! He..he.. habis makan ke tak ni ?

~~~~ Yang tak bestnya.. kitorang kena berasak2 ngan orang ramai... eiii.. Minta la kami dijauhkan sebarang penyakit.. Ye la kan.. musim2 H1N1 ni...

~~~~~~~ Gambar.. ? tak sempat snap, maklum la... nak jalan pun susah, takkan la aku nak sibuk2 pegang hanphone nak snap gambar plak kan? Gilo apo?

Friday, September 11, 2009

Seminggu sebelum raya...

Bosannya... bandar KB ni penuh sesak dengan orang ramai.. Jam manjang je..dari rumah aku ke mall atau pasar basah,yang sepatutnya mkn masa 10 minit je dah jadi sejam setengah.. ada ke patut? Bengang je..

Iya lah kan.. kita keluar nak beli lauk pauk je..terpaksa berasak ngan orang lain yang nak shopping untuk raya... Suka sangat sangat diorang buat last minit punya shopping .. Tengok aku.. sebulan nak raya dah siap prepared sume.. ;-)...

~Korang, next year... kena pandai2lah contohi aku ni... ha ha..


Em.. sekarang tengah fikir pasal menu yang nak dimasak di hari raya... Nak makan apa ye?





Thursday, September 10, 2009

Rindukah aku...?

Pernah tak korang rasa rindu sesangat kat seseorang..? Bila dia ada disisi, kita rasa tak suka dan kekadang.. sampai bole rasa menyampah sangat!? Tapi, bila dia tak ada atau menjauhkan diri, kita jadi rindu plak kat dia? Kiranya, masa ketiadaan dia tu, kita jadi tertanya-tanya akan keadaan dia...

Sihatkah dia? Lenakah dia tidur? Marahkah dia kat kita? Kenapa dia tak menghubungi kita? Tak rindukah dia kat kita? Dan macam-macam lagi la...Pendek kata... bila dia tak ada di sisi , kita jadi rindu sesangat kat dia...?

Ada orang kata, marah tandanya cinta, rindu tandanya sayang... betul ke? Betul ke itu tanda-tanda kritikal kita dah suka kat seseorang? Atau hanya kerana satu kebiasaan? Kerana selalu dah terbiasa dengan kehadiran dia dan akan jadi pelik bila ketiadaan dia?

Susahnya... camner nak kenalpasti rasa dihati ni? Berikanlah jawapan, huraikanlah simpulan... biar tenang jiwaku...

Apa-apapun,jom kita dengar lagu ni... RINDU

Cam sesuai je..



Wednesday, September 9, 2009

Nak Kekal Mood Positif

Salam Ramadhan untuk anda semua.

Hari ini insyaAllah hari ke 19 kita berpuasa, cepat bukan masa berlalu.

Sedikit tips motivasi diri untuk kita semua. Bagaimana nak kekalkan mood positif anda. Agar setiap hari, ketika dan masa diri ini di penuhi dengan feel-feel yang gembira dan positif.

Setiap hari dari pagi sampai ke petang, tak banyak sikit kita akan menempuh banyak perkara. Ada yang baik, ada yang buruk. Ada yang membuat kita sakit hati. Ada yang membuat kita happy, gembira, ceria. Macam-macam bukan, itulah dunia. Itu tanda nye kita masih lagi hidup.

Tapi bagi orang yang cemerlangan, setiap hari yang di lalui itu adalah satu proses pembelajaran. Setiap hari dia akan review apa yang telah dipelajari nya hari ini.

Perkara-perkara yang Anda lalui sepanjang hari, itu boleh Anda jadikan sumber untuk Anda belajar sesuatu. Sebagai contoh, jika Anda dimarah oleh bos tiba-tiba, itu maknanya Anda kena tingkatkan kualiti kerja atau mungkin komunikasi Anda lemah di tempat kerja, atau simply Anda buat kerja betul-betul. Cari aspek-aspek positif dalam setiap perkara yang Anda lalui, sama ada baik atau buruk.

Apa saja yang Anda lihat, dengar dan rasa, ambil iktibar, ambil pengajaran daripadanya. Lebih hebat lagi, jadikan ia sumber motivasi Anda.

InsyaAllah anda akan kekal positif dan mood-mood kegembiran akan sentiasa bersama anda. Amalkan setiap hari, review balik harian anda setiap hari selepas habis kerja. Apa yang telah anda lalui dan pelajari kerana di sebalik itu banyak pengajaran dan ilmu yang dapat anda serapkan. Cuba anda lakukan InsyaAllah ianya berkesan.


-Inspired by tilmiz-

Monday, September 7, 2009

New Wallpaper...

Salam...
Tadi,terbaca n3 Zura... about new wallpaper...!!
Bukan nak tiru... tapi, kebetulan baru2 ni,aku pun ada tukar wallpaper baru kat laptop aku!!!
He..he.. So, nak tunjuk jugak la kat blog aku...
Wallpaper ni.. gambar anak-anak saudara aku .. (bukan gambar buka puasa ramai2 cam zura... he.he)

Cantik tak...? Design sendiri ni.. one n only in the world!! Chewahhhhhhhhh




Saturday, September 5, 2009

what does your name say about you...

Dear ZARENA HEENEY, Your name says that you are mostly:

Passionate but flighty

Your name also says you are:

Thoughtful but slow
Perceptive but paranoid
Charismatic but impulsive


Dear ZIEHA MOHD, Your name says that you are mostly:

Inspiring but melodramatic

Your name also says you are:

Artistic but extreme
Passionate but flighty
Thoughtful but slow


Dear NORAINI AMRAN, Your name says that you are mostly:

Passionate but flighty

Your name also says you are:

Thoughtful but slow
Perceptive but paranoid
Charismatic but impulsive


Dear KHUZAIMAH KAMARUL ADNAN, Your name says that you are mostly:

Thoughtful but slow

Your name also says you are:

Moral but jealous
Fiery but unbalanced
Passionate but flighty


Dear ROSMALIZA BINTI SALLEH, Your name says that you are mostly:

Energetic but impatient

Your name also says you are:

Ambitious but stubborn
Shrewd but overbearing
Fiery but unbalanced




Friday, September 4, 2009

HAri Raya YAng MAkin TiBA...

Dah hampir setengah bulan kan kita puasa? Pejam celik, tinggal 2 minggu lagi nak raya.. Kejap je kan?

Dulu, masa aku study kat luar..dekat2 raya.. ni la perkara utama yang aku kena fikirkan:

1) Tiket nak balik raya bila boleh tempah?

Yang tu dulu la kan... kalau sekarang masa dah dewasa dan kerja sendiri,nak tau apa plak yang aku kena fikirkan?....

1) baju raye belum siap lagi

2) kasut raya.. beg raya.. mekap raya.. (kalau dah habis or tinggal sket)
(hihi.. rupa tak cantik, kena la keluar belanja beli mekap.. nak nampak cantik punya pasal..!!)

3) kuih raya belum buat lagi

4) langsir raya (every year.. mesti nak tukar walau beli yang murah je... bazir ke?em.. janji umah aku nampak cantik!!)

5) duit raya nak bagi time raya.. kat mak ayah, adik2, anak buah dan budak2 kecik yg dtg kat umah..

huh.. kalau nak ikutkan.. banyak lagi la yang aku kena fikir... belanja pun berlipat ganda dari dulu!!!
Dulu-dulu best, aku tunggu pungut je duit raya.. benda lain pun takyah fikir.. semua datang ke riba!! Aduh... rindu time dulu2 tu...


Apa cerita korang plak..?

Thursday, September 3, 2009

Buka puasa kat The Chicken Rice Shop..


Semalam berbuka puasa kat The Chicken Rice Shop... Saja nak tukar selera!! Berdua je.. sebab ayah berbuka kat surau!

Dari ofis sampai rumah kol 4.30, mandi dan solat ASAR pastu terus siap nak keluar!! Sampai KBMALL, gi tempah seat dulu.. bayar siap-siap, untuk 2 orang makan dalam Rm40 gak...








Nampak cam sedap kan..? tapi, aku rasa.. biasa je ayam dia, takde le sedap sangat pun, kalau makan ayam percik atau ayam bakar yang mak aku masak lagi sedap!!

Apa2pun.. try le kalau nak tukar selera korang!!










Monday, August 31, 2009

Malang tak berbau..

kekawan...

korang pernah tak accident?

Ini cerita aku yang malang.. baru je jadi last tuesday.. kejadian berlaku disebabkan kecuaian orang lain..( 5 tahun sejak aku beli dan bawa keta ni.. tak pernah accident pun..., alhamdulillah!!))

Dekat rumah, masa aku balik kerja...

Keretaku dilanggar oleh seorang budak umur 8 tahun... dengan motorsikal!! Laju gila dia bawak..

Kaki pun tak dapat tongkat lagi.. dah pandai nak bawak motorsikal.. gila!! Tapi, bila difikir, salah mak bapak jugak.. yang biarkan anak2 mereka bawa motor walaupun belum sampai masanya..!!

Terkejut aku.. masa tu, aku nak belok masuk ke lorong rumah aku.. 2 meter je dari rumahku.. tetiba, dtg motor budak tu dengan lajunya dari arah depan.. dooommmmm.... langgar kereta aku..!!

Habis bumper keta aku remuk.. motor dia, sket pun tak calar!!!

Geramnya...

Budak tu cakap.. dengan bodohnya.." SORI KAK.. SORI KAK.."

Bengong.. senang camtu je,.. sori ke tak sori ,nak gak ganti rugi...!! Takkan aku nak berhabis untuk apa yang berlaku ?? Memang terbukti bukan salah aku!!

Aku suruh dia panggil mak dia datang umah aku.... taknak report sebab kenangkan... malas nak panjangkan sebab, jiran kan??

Masa mak dia datang tengok.. takde plak cakap apa2 bila aku kata nak gi nilai kat bengkel dan mintak dia bayar semua perbelanjaan...

Mana tau, masa aku bawa quatation gi tunjuk kat umah dia,mak budak tu ngan abang dan kakak2 dia ngamuk..

Abg budak tu (tuan punya motor..),cakap aku bodoh la.. gi bengkel bodoh yang mahal la. ngan budak pun nak berkira la.. apa lg la.. bla.. bla.. dengan kasarnya...

Bila aku cakap.." hah.. kalau camtu, jom kita gi bengkel yang kau rasa murah dan cerdik.. !!"
Taknak pulak dia.. cakap nak tunggu ayah dia balik setttle ngan aku,..

Aku tunggu sampai malam.. tak datang pulak ayah dia..si tuan motor tu dan adik-adik pompuan dia yang datang.. wat kepoh... tak nak ganti la pulak!!

Amboi.. nak lepas tangan ke..?

Aku diam camtu dan cakap.. nak bincang ngan ayah dia..

Esok aku gi keja cam biasa...

Tghari tu,.. mak aku call dan cakap.. mak budak tu, anak lelaki dan anak2 pompuan dia yang kurang ajar tu dtg serang mak aku ... dengan maki hamunnya.. memang takde iman la diorang ni!!! Lagipun, diorang berani la pasal kat umah aku takde lelaki... anak2 sume keja kat luar!!!

Huh.. panas aku.. aku bagitau bos, bos suruh buat report pasal ugutan tu....

Tapi, aku tak report kat polis, aku report kat abg aku.. malam tu jugak...(khamis malam jumaat...) abang aku sekeluarga sampai....

Abang aku terus gi cari budak lelaki yang biadab tu...satu kampung!! Tapi, tak jumpa..

Em...Dah menyorok agaknya..Yang dijumpai.. Ayah budak tu yang bengong!! Lansung tak tau cerita pasal bini dan anak2 dia buat kepoh tu.. org lain sekampung pun dah tau!!! Sabar je la.. camner la didik bini dan anak... takder iman.. kurang ajar!! Ngan orang tua pun...

Sampai hari ni.. lebih kurang seminggu dari kejadian.. ayah dia tak dtg lagi umah aku... walau dah janji ngan abang aku nak ambil tindakan yang sepatutnya!!! ( Nak bayar gantirugi le tu..!!)
Tapi, jangan harap la kan.. Kalau nak tunggu, sampai ke tua la kan!! better aku gi baiki sendiri.. mau habis dekat seribu tu.. sebab kena tukar bumper sekeping terus!!

Abang aku plak... dah balik rumah dia.. abang aku cakap, balik raya ni.. nak gi berkira lagi sekali ngan bapak budak tu kalau dalam tempoh ni.. dia tak datang bayar!!

MORAL DARI CERITA NI......


1) WALAUPUN JIRAN..KALU JADI APA2... GI REPORT!! JANGAN SEBAB DIORANG JIRAN.. TAKNAK AMEK HAL.. NANTI JADI CAM AKU NI... BAIK HATI KONON.. SAMPAI MAK PULAK DIUGUT!!! TENSION!!

2) DIDIK LA ANAK2 KORANG DENGAN BAIK... BIAR BERIMAN.. INSYAALLAH!! TAK LE BIADAB NGAN ORANG TUA CAM BUDAK2 YANG AKU CERITA TU.. MAK NGAN ANAK, SAMA JE PERANGAI!! MACAM IBU KETAM AJAR ANAK KETAM JALAN..

3) PIKIRLAH SENDIRI.. TAK TAU AKU NAK CAKAP APA... NYESAL PUN TAK GUNA!!!
KALU MASA BOLEH DIPUTAR, MEMANG AKU AKAN GI REPORT JE KAT POLIS MASA KEJADIAN TU BERLAKU... TANPA AMBIL KIRA BUDAK TU ANAK JIRAN KE.. APA KE...

4) SENANG JE.. DUGAAN DARI ALLAH S.W.T.. KENA TERIMA DENGAN REDHANYA!!
BAWA LE DULU KERETAKU YANG HODOH TU... DUIT PUN TAKDE LAGI.. SABAR JE LA!!
LEPAS RAYA BARU TUKAR KOT!!

5) LAST..KORANG KENA EXTRA BERHATI2..BILA DRIVE!! JANGAN NAK HARAP DIRI SENDIRI JE.. KENA GAK BERHATI2 NGAN ORANG LAIN.. KEKADANG, KITA DAH CUKUP BERHATI2.,. TAPI, DISEBABKAN KECUAIAN ORANG LAIN.. BERLAKU GAK KEJADIAN YANG TAK DIINGINI...


Em.. kalu korang nak tau,hari ni.. campur ngan cuti merdeka... dah 5 hari aku tak gi kerja!!! Demam sebab kejadian ni!! Esok, (ISNIN) mesti kalut bebudak kat ofis kalau nampak keta aku yang hodoh cam besi buruk tu...

Sedih beb.. sedih.. Pasni, nak buat majlis solat hajat beramai2..minta dijauhkan bala..


31 OGOS 2009

em... hari ni 31 OGOS 2009.

Sekali lagi MALAYSIA menyambut ulang tahun kemerdekaan.. Tahun ni dah yang ke 52 .
Kalau dulu, masa kecik-kecik.. aku suka tengok sambutan merdeka kat television dan suka sangat jerit.. merdeka..merdeka..merdeka..
Iyela kan,. time kecik, sume nak diikut.. padahal, tak tau pun apa erti merdeka yang seronok dilaungkan tu...(he...he.. sekarang dah tau..)

Dari malam tadi, semangat nak tengok sambutan merdeka ,maklum la, tahun ni kan kita sambut merdeka di bulan puasa? Tapi,Tak sempat la... dah terlewat bangun!! Buka je tv, nampak ada konsert Allahyarham Sudirman... takper la.. nak buat camner,best jugak! Layan kejap je!! Iye la kan.. gigi pun tak gosok lagi, muka pun tak cuci lagi.. mandi pun idaknya lagi... bangun je tadi, terus buka tv sebab semangat nak tengok sambutan merdeka,tapi.. takpe la kan.. janji ada semangat kemerdekaan pada diri tu..
Jasa nenek moyang kita harus sentiasa dihargai...

em..

Apa2pun... semoga kita semua dapat memerdekakan diri dari segala kemungkaran..
Hidup dengan penuh limpah rahmat dari ALLAH S.W.T... Amin..

"MERDEKA..."


Saturday, August 29, 2009

Candid Giveaway Contest




Salam.. nak try join contest!! first time ni!!
tengok entry pasal contest ni kat blog Ena.. hehehe.. cam menarik je!!
bila ternampak pasal contest ni, teringat pasal gambar yang aku rakam pagi tadi.. masa aku keluar dari bilik tidur pagi tadi, ternampak le situasi yang bagi aku .. lucu kot!!

So aku rakam la.. tak sangka boleh pakai untuk contest ni plak!!

Hehehe.. minggu ni semua adik-beradik balik umah... so,Dek kerana tak cukup bilik, abang aku sekeluarga tidur je kat ruang tamu...

Ni le gambar yang aku rakam pagi tadi....Yang nak aku pertaruhkan untuk masuk Candid Giveaway Contest:







Memang lucu..Time aku keluar bilik pagi tadi,camni le situasinya kat ruang tamu umah aku,..anak saudara aku ni maintain duk camni je.. tak kacau mak, ayah dan abang dia tidur!! Lucu!! Dia keras camtu je!!! Aku tegur pun tak dijawabnya...

Sesapa nak join.. sile le :



Tuesday, August 25, 2009

~ SEPTEMBER BIRTHDAY~

Who birth on SEPTEMBER below are What Your Birth Month Says About You :

1) Suave and compromising
2) Careful, cautious and organised
3) Likes to point out people´s mistakes
4) Likes to criticize
5) Quiet but able to talk well
6) Calm and cool
7) Kind and sympathetic
8) Concerned and detailed
9) Trustworthy, loyal and honest
10) Does work well
11) Sensitive
12) Thinking
13) Good memory
14) Clever and knowledgeable
15) Loves to look for information
16) Must control oneself when criticising
17) Able to motivate oneself
18) Understanding
19) Secretive
20) Loves sports, leisure and travelling
21) Hardly shows emotions
22) Tends to bottle up feelings
23) Choosy especially in relationships
24) Loves wide things
25) Systematic


*Kuih Raya*

Salam..

Semalam ada sorang staff kat tempat kerja aku datang offer kuih raya....

Actually, tempahan dah pun mula di keluarkan sebelum puasa lagi dan sana sini orang bagi sampel kuih raya ... Kat shopping mall pun.. aku tengok sebelum puasa pun dah bermacam-macam jenis kuih raya dipasarkan.. kaler dia.... fulamak.....!!, macam-macam ada...!! kekadang rasa pelik pulak bila tengok ada gak yang kaler biru .. hijau...merah!!! Sanggup ke korang makan?? Bnyak pewarna tu!! Tak elok!!!

Sebab nak support bisnes kawan punya pasal.. aku order la satu jenis...!! Biskut Cornflakes Blended, nampak cam sedap je!! Tak tau le.. sebab tak boleh nak cuba!! PUASA!

Aku Order satu jenis je sebab biasanya.., tiap-tiap tahun aku dan kakak-kakak buat sendiri.. Dan pernah sekali raya tu, bila kumpul hasil tangan Along, Angah dan Aku... sampai cecah 38 jenis kuih raya kat rumah aku..!! Tak muat 3 biji meja.( 1 yang main dan 2 yang sisi)
Kelakar!! Tapi best le sebab lepas raya, boleh bawa koleksi kuih raya yang ada tu ke ofis!!! Suka la collegue aku... Diorang,kalu yang dibawa dari rumah aku, memang suka bangat!!! He.. he.. sedap sangat la kot?!!! Tapi, em... bukan nak perasan,memang diakui sedap dari yang dibeli or ditempah!! Biasanya la kan....!!? Kalau tak caya, korang datang le raya kat rumah aku!! Insyaallah, puas hati!!!

Tahun ni.. yang aku rasa nak buat...( kalau sempat la kan, kalau tak sempat,aku kumpul je la dari kakak-kakak aku!! he..he.. senang!! )

1) Almond London
2) Tart Nenas
3) Biskut Gajus
4) Honey Cornflakes
5) Biskut Badam Coklat
6) Biskut Dam

Pastu... Tambah le sket kekacang ,maruku dan popiah gulung!! Best-best!!!!


So, korang camner? buat sendiri ke tempah?? Ke nak datang collect umah aku? ha.. ha..

Salam Ramadhan.

Monday, August 24, 2009

~MAJLIS PENGURNIAAN DIRAJA~ PART 2



INI HARI MAJLIS... 19 OGOS 2009


MEMANG KELAM KABUT... PAGI KENA GI AMBIL BUNGA KAT KEDAI... KOL 9.30 BARU SAMPAI KAT OFIS.. PASTU TERUS KE RUMAH KETUA JAJAHAN....
MAJLIS KAT DEWAN DAH START.. ACARA SAMPINGAN SEBELUM TENGKU AMALIN BERANGKAT!!

KITORANG PETUGAS KAT RUMAH KETUA JAJAHAN MEMANG MAINTAIN LE..
CHECK APA-APA YANG PATUT SUPAYA TIDAK BERLAKU APA-APA KESILAPAN SEMASA SEMUA VVIP DATANG...

KAT SINI, ADALAH TEMPAT UNTUK TENGKU AMALIN BEREHAT DAN BERSANTAP BERSAMA SEMUA VVIP!!!

KOL 10.30 KITORANG KE DEWAN... SEBAGAI PENYAMBUT TENGKU AMALIN.. BERPELUH LA JUGAK SEBAB KENA BERATUR KAT TENGAH PANAS!!

MAJLIS BERMULA SECARA RASMI DAN TAMAT PADA JAM 1.30 TGH...

KAMI DIMAKLUMKAN BAHAWA TENGKU AMALIN TIDAK AKAN BERANGKAT KE RUMAH KETUA JAJAHAN...

FRUST JUGAK SEBAB KITORANG DAH BERPENAT-LELAH DALAM MENYEMPURNAKAN SEGALA URUSAN PERSIAPAN..

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM ....












P/S: CANTIK SANGAT TENGKU NI BILA TENGOK DARI DEKAT...



NI PULAK.. GAMBAR-GAMBAR KITORANG... HE..HE.. SAMA CANTIK CAM PUTERI KAMI TU LE...


Add ImageAdd Image


BEST... AKHIRNYA KAMI DAPAT LUNCH.. ACTUALLY, HAMPIR PUKUL 3.00 !!!!

THEN.. KITORANG KEMAS-KEMAS SKET DAN BALIK OFIS!!!

LEGA.. SEMUA DAH SELESAI!!!


HARI NI DALAM SEJARAH...

BAJU YANG AKU PAKAI KAT ATAS TU.. SEBIJIK SAMA NGAN STAFF VETEREN KAT OFIS AKU!! SAKIT HATI BETUL!!! BAJU BARU AKU TU!!!
WALAUPUN KAIN TAK SAMA SEBAB AKU PUNYA KAIN CHIFFON YANG NIPIS DAN KENA LINING.. DIA PUNYA KAIN SATIN TEBAL, PATTERN TETAP SAMA!! YANG LAGI BENCINYA.. KALER PUN SAMA!!!
GERAM TUL!! KORANG PERNAH TAK TERKENA SITUASI CAM AKU NI...?