Semalam Kol 9.30 pagi,aku dpt call dari ofis.. mintak tolong ke bilik gerakan banjir jadi petugas....
He he,.. ni sume gara-gara aku tak ikut rombongan ofis ke Bukit Gambang Waterpark la ni!!
Kan dah kena jadi petugas banjir? Actually, namaku tiada dalam senarai jadual bertugas!!
Ingatkan taknak pergi.. jauh beb..!! Ofis aku dari rumah, 40 minit la jugak.. lagi-lagi kalau drive dalam hujan camni.. mau makan sejam lebih..
Tapi, disebabkan aku ni jenis yang baik hati.. ku gagahkan diri jugak!!
Em.. dah dekat 30 minit bawak kereta.. sampai kat satu port tu.. kat atas jalan raya ,air dah bertakung.. suku tayar keta.. punya la berat beb...
Pastu.. jln lagi 10 minit,... tetiba.. jamm giler., tau kenapa?.. Jalan kat depan tu.. keta biasa dah tak boleh lalu !! Tayar memang akan tenggelam..! Air dah sampai tahap lutut... ni bomba yang bertugas kat situ bagitau !!
Takut la!! Nak u-turn dah tak boleh..
Kereta berbaris panjang...jalan pulak sempit...
Pastu,.. dapat panggilan dari ofis... suruh parking keta tepi jalan.. jangan teruskan sebab diorang nak datang!! hehe.. dengan bot ke? Taklah.. dengan Everest je.. Still boleh lepas air tu...!!
Huhu.. kena tunggu la aku..
Dekat 2 jam.. baru diorang datang.. tapi, terlewat la .. aku dah u-turn kereta aku.. Nipun, polis yang bantu.. Ha ha.. Thanks abang polis..
Nak balik... nak balik.. nak balik..
Sorang lagi budak pompuan ofis aku yang memang dah tersenarai dalam jadual bertugas ,nak jugak naik Everest tu pergi ke ofis... sampai sanggup parking keta dia kat Masjid.. Wei, Engko tak takut keta hilang ke ? Kalau tak hilang pun.. mana tau kot-kot tenggelam dalam banjir... Tak sanggup.. !! Ku amat sayangi keta ku!! Ansuran pun tak habis bayar lagi ni!!
Selepas dengar bos aku cakap" BALIK LA, TAKYAH KE BILIK GERAKAN" Yeehaa..
Akhirnya, dengan selambanya aku balik jugak!! Buat apa nak tunggu..?
















































