Saturday, November 28, 2009

FARIS IZ'ANN..

Layan gambar Faris Iz'ann...








Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHARI RAYA KEPADA SEMUA RAKAN BLOGGER.

SEMOGA ANDA LEBIH MENGERTI ERTI SEBENAR SESUATU

" PENGORBANAN "...


LEPAS RAYA.. JOM PAKAT BUAT ENTRY PASAL SEMBELIH LEMBU.!!

HA HA..

ENJOY RAYA ANDA...!!


Wednesday, November 25, 2009

Baby With The Car Contest


Salam..

Yey.. aku masuk contest lagi...

kali ni nak join... Baby With The Car Contest kelolaan Mr and Mrs Faez

.. : APA YANG NAK KENA WAT? :..

* Buat N3 di blog anda berkenaan contest ini dan letakkan gambo anak anda ngah berposing baik punyer kat keta. Keta hendaklah yang telah diluluskan oleh puspakom dan mempunyai no. enjin.

[Keta sorong, keta tolak, keta control, keta yg msk wit 50 sen dua keping kat shopping complex tuh atau len2 keta sejenis dengannyer tak leh ek]

* Anak anda leh berposing dimana2 bahagian keta mengikut kreativiti anda dan kebrutalan anak anda

[Atas keta leh.. kat bonet leh.. kat bahagian enjin leh.. kat seat belakang leh.. kat seat depan leh.. kat tepi keta.. depan.. belakang.. sumer leh.. bwh keta pon leh.. erk! Time keta tak gerak leh.. time keta tgh bergerak pada kelajuan 120km/j pon leh.. erk!]

* Anda leh gunakan keta sendiri atau keta sesapa jek untuk dijadikan latar posing gambo anak anda.

[Jenis keta tidak akan memberi apa2 efek pada sesi pengadilan. Nak amik gambo ngan keta keta kancil pon leh ngan BMW 3 series pon leh]

* Jarak antara model dan keta mestilah tidak lebih 1cm. Maknanyer kena la bersentuhan ngan keta tuh.

Ok! Itu jek yang perlu ada dalam gambo anda. Yer la slalu baby asik ngan keta sorong, walker, katil baby so kita advance skit hehehe~

.. : TERMA DAN SYARAT :..

* Terbuka kepada semua pem'blog'2 sekalian [yer la mesti la ada blog kalo tak camner nak wat N3 kan? erk!]
* Of kos anda kena memenuhkan bahagian Follower blog kami hehehe [Jadi follower la tuh] dan Add blog kami dalam blog list anda
* Letak banner contest di sidebar blog anda. Banner mestilah di'link'kan terus pada contest nih
* Letak gambo anak anda beserta nama, umo, jenis kereta dan kalo anda ahli kelab memana keta letak la skali ek [Jenis keta dan samada anda ahli kelab atau tak, x ada kena mengena ngan pemilihan pemenang.. cuma kami sesaja nak tau hehehe] Dan jangan lupa anak anda dicalonkan untuk kategori mana.
* Terbuka pada kekanak yang berumur 5 tahun kebawah pada tahun 2009
* Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya kami leh menjengah N3 anda
* Pemenang akan dipilih berdasarkan of kos kecomelan [sumer baby comel kan] dan gaya posing [mengikut kategori]
* Juri-Juri jemputan khas adalah terdiri dari ahli kelab PROSBOC. So adil pada sumer sbb dorang tak kenal anda dan anda pon tak kenal dorang. So diorang 100% akan pilih berdasarkan pada gambar.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2009 pukul 11.59 mlm.
Top 5 bagi each kategori akan diumumkan pada 5 Disember 2009 dan Pemenang akan diumumkan pada
7 Disember 2009 bersempena AGM Prosboc


-------> Jom pakat ramai-ramai memeriahkan contest ni... Menang atau tak... yang penting kita ENJOY dan HAPPY....


So.. gambar yang nak dipertandingkan...






Nama: Muhammad Rizqan Bin Azami
Umur: 9 Bulan
Kategori : Baby Boy with Car
( Proton Savvy )



Amacam..? Ok tak? Rizqan cam tengah semangat je drive keta tu.. ha ha.. Tak bergerak pun.. pulas je tu..




Tuesday, November 24, 2009

Baby With Transport Contest



Assalamualaikum..

Kali ni.. aku terpanggil untuk join satu contest lagi..
ha ha...Join lagi walaupun tak pernah pun tersenarai dalam senarai Top Ten... !!
Takpe la kan..? janji dapat gak enjoy dan sambil2 tu, dapat gak support teman blogger!! Lagi ramai join lagi meriah kan? Dah terlampau ramai join, walau naik juling la kedua biji mata Pengadil nanti nak pilih pemenang.. Tapi, kan? ENJOY...

Contest apa nak join..? Contest nilah...


BABY WITH TRANSPORT CONTEST


Kali ni.. aku terover excited sket nak join pasal... baru je amek gambar pastu dah ternampak entry yang sesuai untuk join... kat blog KEHIDUPAN SEORANG IBU ( Umi Nabilah )


Syarat-syarat nak join contest ni adalah....


1. mestilah jd follower KEHIDUPAN SEORANG IBU and masukkan dlm bloglist korang....


2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...no link no qualified...

3. Buat satu entri & upload kan pic ank korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k...


4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi 3 tahun boleh lah diterima...


5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp aku lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima


6. hanya seorang ank jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...hehe buleh?


7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...


8. terbuka kepada boy n girl k...


9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat entry contest ni bersama link korang k...


Mudah saja syarat-syaratnya kan..? So... apa lagi? Jom kita beramai-ramai menyokong Baby With Transport Contest ni... Jom Jom..!!


Gambar yang nak dipertaruhkan adalah.....





Muhammad Rizqan bin Azami
Umur 9 Bulan


Motor yang ada remote control ni sebenarnya yang kat showroom kedai mainan...
Rizqan ni.. jalan pun tak boleh lagi, mana la boleh main benda alah ni lagi?
He he.. yang peliknya.. masa nampak motor ni, mengelabah budak tu.. cam mintak nak main je!! Tau tak.. masa kat atas motor tu,ditekan-tekannya butang tu bagai nak rak.. Bunyi la kan.. Masa tu, tuan kedai dah jeling-jeling dah.. Haha.. Kedekut je kan? Masa nak angkat Si Rizqan ni pulak, tak nak bangun !! lagi la kuat jelingan tajam si tuan kedai tu.. Kesian Rizqan kena dokong camtu je... nasib tak meraung kat kedai tu.. Kalau tak...?

Lagi sekali....kawan-kawan, jangan lupa join Contest ni...










Sunday, November 22, 2009

Banjir lagi...

Hujan lebat sejak Khamis lagi.. Berita pun dah mengeluarkan amaran banjir kepada sesengah tempat tanah rendah.. termasuk Kelantan..

Pagi ni,.. aku drive ke tempat kerja dengan kelajuan hanya 40 km/jam..

Huh.. punyalah seksa drive dalam hujan lebat ni!
Tapi,mujur keluar awal.. 6.30 pg , sempat la sampai kat ofis sebelum kol 8.00 pg..

Hujan tak berhenti-henti lagi ni wei.. Pagi tadi masa datang pun,... air dah melimpah keluar dari sawah... ntah-ntah petang karang,aku tersekat kat situ.. tak boleh balik Kb?

Tolong.. nak balik umah.. hu hu
Siapa ada bot?



Friday, November 13, 2009

Soalan Cepumas..


13 November 2009. Kenduri kahwin budak seofis aku..






Lepas ni kan.. bingit la telinga aku dengan pelbagai bentuk soalan yang akan diajukan oleh rakan-rakan sepejabat aku yang lain..

Antara soalan yang dijangka berkumandang di telingaku adalah..:

1) Zaza, tunggu bila lagi?
2) Zaza, tak rasa dah lewat ke?
3) Zaza, tunggu siapa lagi ni?
4) Zaza, memilih sangat kot?
4) Zaza, banyak choice sangat la kot?

Dan.. macam-macam lagi la... Jenuh nanti aku nak jawab!!

Kalau la kan.. Kalau KORANG berada di dalam situasi AKU.. Apa jawapan yang akan korang jawab kat mereka bila mereka tanya soalan alah tu kat korang?

Lagi satu, apa yang akan korang rasa..? Sedih? Terasa diperli? Or...?

Sesiapa yang belum kahwin.. tolong la suggestkan jawapan untuk aku.. yang dah kahwin..,Nak kongsi apa2?..

P/s: To Zura & Shumie .. tolong la bagi idea ..ha ha..



Tuesday, November 10, 2009

Bengang..

Hari ni aku teramatlah bengang dengan seorang makhluk Tuhan yang bangang tahap cipan..

Bengang camner tau? Bengang yang teramat sehingga membuatkan aku rasa cam nak tibai orang je!!

Tapi tak buatlah kan sebab aku ni kan ayu tahap Perempuan Melayu Terakhir..
?

Ada ke patut dia paksa aku masuk MISS MALAYSIA..?

TAK PATUT KAN? Ke korang rasa camner? PATUT ke?

Ha.. ha.. LAWAK je kan?


Sebenarnya.. aku tengah boring kat ofis ni.. Maklum la.. Hujan-hujan camni, Kalau dapat tidur kan best?

*ANY Idea untuk menghilangkan tension aku ?


Saturday, November 7, 2009

BANJIR..

Kekawan.. Kelantan dah banjir la...
Semalam Kol 9.30 pagi,aku dpt call dari ofis.. mintak tolong ke bilik gerakan banjir jadi petugas....
He he,.. ni sume gara-gara aku tak ikut rombongan ofis ke Bukit Gambang Waterpark la ni!!
Kan dah kena jadi petugas banjir? Actually, namaku tiada dalam senarai jadual bertugas!!

Ingatkan taknak pergi.. jauh beb..!! Ofis aku dari rumah, 40 minit la jugak.. lagi-lagi kalau drive dalam hujan camni.. mau makan sejam lebih..
Tapi, disebabkan aku ni jenis yang baik hati.. ku gagahkan diri jugak!!

Em.. dah dekat 30 minit bawak kereta.. sampai kat satu port tu.. kat atas jalan raya ,air dah bertakung.. suku tayar keta.. punya la berat beb...

Pastu.. jln lagi 10 minit,... tetiba.. jamm giler., tau kenapa?.. Jalan kat depan tu.. keta biasa dah tak boleh lalu !! Tayar memang akan tenggelam..! Air dah sampai tahap lutut... ni bomba yang bertugas kat situ bagitau !!

Takut la!! Nak u-turn dah tak boleh..
Kereta berbaris panjang...jalan pulak sempit...
Pastu,.. dapat panggilan dari ofis... suruh parking keta tepi jalan.. jangan teruskan sebab diorang nak datang!! hehe.. dengan bot ke? Taklah.. dengan Everest je.. Still boleh lepas air tu...!!
Huhu.. kena tunggu la aku..

Dekat 2 jam.. baru diorang datang.. tapi, terlewat la .. aku dah u-turn kereta aku.. Nipun, polis yang bantu.. Ha ha.. Thanks abang polis..

Nak balik... nak balik.. nak balik..

Sorang lagi budak pompuan ofis aku yang memang dah tersenarai dalam jadual bertugas ,nak jugak naik Everest tu pergi ke ofis... sampai sanggup parking keta dia kat Masjid.. Wei, Engko tak takut keta hilang ke ? Kalau tak hilang pun.. mana tau kot-kot tenggelam dalam banjir... Tak sanggup.. !! Ku amat sayangi keta ku!! Ansuran pun tak habis bayar lagi ni!!


Selepas dengar bos aku cakap" BALIK LA, TAKYAH KE BILIK GERAKAN" Yeehaa..
Akhirnya, dengan selambanya aku balik jugak!! Buat apa nak tunggu..?










Friday, November 6, 2009

Percutian Yang Tak Jadi..

Hari ni, Ofis aku buat rombongan ke...

Ianya terletak kat Kuantan.. Dah sebulan rancang. Sume ofis support, (Duit persatuan jugak.. yang setiap bulan gaji kitorang kena potong tu..) cuma, kitorang kena byr rm50 Saja untuk registrar..

Huh.. Ofis support untuk 2 org je.. Husband n Wife.. anak-anak, tanggung sendiri la..

Tapi beb, aku kan tak kahwin lagi..? just boleh bawa ,Ibubapa saja...!!?
beb, mak ayah aku kan dah tua..? Mana la suka tempat macam tu..?

Hah.. bab ni aku tak setuju.. !! Dah mak tak ikut.. naper plak tak benarkan bawa orang lain?.. cam anak sedara ke.. sepupu ke? Bangang tul la... bagi la can!! RULES konon..

Hah amek ko.. terus aku tak join.. MELAYANG la Rm 50 aku!! Tapi, takpe la kan.. At least puas hati aku dapat menunjukkan "KETIDAKPUASAN " hati aku ni.. (Eh, korang faham tak ayat aku ni??? takpe.. janji aku faham!!)

Hari ni,Seawal 6 pagi.. handphoneku dah berbunyi.. sms la.. call la...!! Nak pujuk suruh join...
TAK NAK TAK NAK TAK NAK...
Org dah taknak ikut.. naper nak paksa? Kan? kan? kan?
Nak suruh aku tidur sorang kat bilik? fuh.. Tak sanggup beb...Karang ada jugak jembalang yang pergi ketuk pintu bilik aku... Takpun, di ceroboh.. Bahaya beb..!!

Apa-apapun pun..
Aku bersyukur sebab dapat meluangkan masa cuti selama 3 hari bersama keluarga yang ku sayang...

(WEEKEND plus SPECIAL CUTI sebab KELANTAN dapat masuk PIALA MALAYSIA)

Musim Hujan beb..
Better lepak kat rumah.. main ngan anak saudara.. pastu, TIDUR pun sodap... ha ha..

Ni la tempat yang diorang pergi.. memang cantik dan menarik..
Rasa RUGI? takde lah...

Tak sesuai pergi musim-musim hujan ni.. NANTI la.. next year aku akan kesana dengan family.. mesti best!!
INSYAALLAH..












Sunday, October 25, 2009

~NOVEMBER BIRTHDAY~

Who birth on NOVEMBER, below are what your birth month says about you......

* Has a lot of ideas
* Difficult to fathom
* Thinks forward
* Unique and brilliant
* Extraodinary ideas
* Sharp thinking
* Fine and strong clairvoyance
* Can become good doctors
* Careful and cautious
* Dynamic in personality
* Secretive
* Inquisitive
* Knows how to dig secrets
* Always thinking
* Less talkative but amiable
* Brave and generous
* Patient
* Stubborn and hard-hearted
* If there is a will, there is a way
* Determined
* Never give up
* Hardly become angry unless provoked
* Loves to be alone
* Thinks differently from others
* Sharp-minded
* Motivates oneself
* Does not appreciates praises
* High-spirited
* Well-built and tough
* Deep love and emotions
* Romantic
* Uncertain in relationships
* Homely
* Hardworking
* High abilities
* Trustworhty
* Honest and keeps secrets
* Not able to control emotions
* Unpre
dictable


Saturday, October 24, 2009

~ZURA~

naH.. eNTry ni aku buatkan khas untuk Si ZURA!! Nak tlg jawabkan segala kemusykilan dia.. Tengah haru tu.. agaknya.. DILAMUN CINTA... ?!! he he.. jangan maraH !! NI ZURA, aku tlg jwb.. berdasarkan pengalaman gadis cute cam aku la kan.. ha ha.. Perasan jap!!

1 - Klau krg berkawan ngan somebody lah erk...melalui online atau dia adalah mysterious person....krg rajinlah call or msg...memule tue dia layan pastue makin hari makin xlayan...so pe krg pk...???

- aku pernah gak ada srg kwn camni.. biasanya, dia rajin je call or kontek... last2, aku find out.. dia ni tak serasi dan tak sesuai la dibuat kwn.. so, aku biarkan camtu je.. lama-lama.. hilang dan ghaib la dia!! Mula-mula, mmg la rasa pelik sbb dah selalu ber sms or call kan? Lama-lama ok la.. Perkenalan camni? Biasanya, jrg bertahan!! Ke ko ni ada buat something yang dia tak suka? Otherwise, dia yang bermasalah!!? Dah boring la tu.. takpun, dah jumpa awek lain.. ha ha.. ( Cito ko ke ni Zura?)


2 - Kalau dia mintak krg bg MMS...krg layan x..???

-MMS apa? dulu mintak gambar la kan..? by pos!! Kalau aku.. Sorry!! Tak dibaginya!! Mana boleh caya sangat? Karang dibomoh ke apa ke gambar tu.. NAYA!! Ha ha..


3 - Klau dia ajak jumpe, krg akan segera setuju atau bg masa kat dia..???

- Eh,... berani ke? Bahaya beb.. Bukannya ko dah betul-betul kenal? Kalau ko nak gi jugak.. bawak la sekurang-kurangnya sepuluh org teman..buat kawan!!! INSYAALLAH selamat!! Sekarang ni bukan boleh caya sangat.. Byk kes rogol.. culik la.. apa la...

4 - Krg akan mudah jatuh hati x pd kenalan cara cenggini...sedangkan xpnah tgk muke nie...???

- Hui.. buat masa sekarang.. bagi aku, SUSAH!!! (Yang personally datang ngorat pun.. aku pilih cam nak gila!! ha ha) Tapi, mana la tau.. kalau ko dah "LOVE AT FIRST SIGHT" kan? NI, masing-masing punya thinking la kan...?

5 - Citekan sikit pengalaman krg (kalau ade) tentang perkenalan cara cenggini...???

- Layan je.. tengok camner perangai dia dulu.. dah pass.. baru setuju nak personally jumpa.. tupun, aku bawak 4 orang kawan.. ha ha.. nak tau bila jadi? Masa kat KPM dulu la.. Aku bawak bebudak dorm aku.. tupun, intai dari jauh je.. bukan gi jumpa !!.. Nampak Hensem.. Tapi, muka cam tak boleh caya je.. so, kitorang blah camtu je... ha ha..




Jalan-jalan Di Hujung Minggu

salam..

hari ni one whole day aku jalan... ngan angah, Rizqan dan mak..
Ke Rantau Panjang... Fulamak..ramai giler!! Hari minggu!! Nak jalan pun susah!! Parking? Dekat sejam baru dapat!! Itu pun Angah yang pi jalan kaki cari ... ha ha.. kelakar!! Dilarangnya kereta lain dari masuk kat parking lot yang dia jumpa tu... tunggu sampai kereta aku sampai!! Jangan tak caya.. org hon pun tak dilayannya!!

Panas jangan nak cakap la.. fuh!! Penat beb.. dukung si Rizqan tu yang beratnya hampir 10 kilo!! Mau bengkak lengan aku!! NI pun dah mula rasa lenguh-lenguh!!

Nak tau apa ada kat Rantau Panjang ni? Em.. macam-macam ada!!

Antaranya, Pakaian, Kain Pasang,Pinggan Mangkuk, Periuk Belanga,Kasut, Beg... Comforter (TOTO), buah-buahan dan macam-macam lagi la!! Yang paling best.. Makanan ala Thai.. sedap!!!

Dalam bersesak-sesak ngan orang ramai.. sempat kitorang beli Periuk satu set (Ada 6 saiz), Comforter jenama Narita dan Buah-buahan.. Campur ngan makan-makan.. habis la dalam RM200 plus!! Berbaloi! Ari tu, tengok kat Ipoh, harga periuk ni mau capai Rm 200 plus satu set... exactly the same brand!! Import dari Thailand gak!! So, .. lagi untung beli kat Rantau Panjang ni!!

So, sesiapa yang berminat nak datang Kelantan, contact la aku.. nanti aku listkan tempat-tempat yang best untuk korang.. Nak aku jadi guide pun boleh.. he he.. kalau aku free la kan..?

Thursday, October 15, 2009

Travelling by bus...

Esok nak travel gi Ipoh... Mulanya,Ingat nak gi ngan keta.. Tapi, tetiba kakak aku tak boleh ikut plak... So, tinggal aku berdua ngan mak la ...? Tak nak la travel jauh berdua je.. Takut la .. Bukan takut sebab nak kena drive sorang.. Tapi, takut aku tertidur masa drive!! Kan naya..!? Mak,bukan boleh caya sgt.. asal naik keta je, mesti tidur!! Nanti, tetiba.. dgn aku sekali tertidur!! Naya beb!! Kalau ada kakak.. boleh gak teman berbual.. takpun,gilir drive..

Teruja gak psl dah 3 thn tak naik bas ni!! Tapi, mesti penat giler kan..?

Apa2pun.. doakan untuk keselamatan kitorang berdua ye.. Maklum la... musim2 perayaan ni...bahaya sket kan? Banyak kenderaan..

Hope, we all selamat tiba ke destinasi dan selamat kembali ke rumah.. Amin,

Thanks...

Friday, October 9, 2009

PTJM Majlis RAYA...


Majlis Hari Raya kat Ofis aku....6 OKTOBER 2009, Koleksi Gambar dari kamera aku.. he he.... suami si Banu yg pegang kamera ni.. jadi kameraman upahan aku sepanjang majlis..
. best tul!!! COMPLETE!!

Ni gambar unit aku.. tgk.. sume lelaki kan? Yg pompuan.. srg lagi yg aku selalu cerita tu... tak tau merayap katner.. He he.. bgs la.. ni kan kamera aku..?
Dari kiri.. En.Afendi,Hj Azihar, Hj Pauzi, Encik Rosdi (bos aku), En.Zukimi,En.Yasin, Hj Nawi Depan... budak praktikal, Jie dan.. aku la tu.. comei kan? ha ha..


En.Nuzaihan.. hujung sekali..


En.Zainal.. hujung sekali


Winlly pun datang...



unIT SO bergambar dengan unit2 lain...




Tadaaaaaaaaaaaa.........................




Wednesday, October 7, 2009

LUAHAN HATIKU,...

Tension giler skrg ni..masalah kat ofis lagi!! Susah tul jadi Pretty Zaza ni...!! Aku tak kacau org, org sibuk gak nak cari psl.. Ada je manusia yg hasad dengki ngan aku!! Ntah apa2 je la!!!? Nak kata aku ni cun atau cantik sangat? takdelah!! Lagi cantik Mek Kelate yang dulu gemuk,skrg dah kurus tu!! Bagi aku, aku ni mana cantik.. ?! Harap muka ni yg baby face sket je.. Baby face? Tak kemananya... sampai masanya, nampak tua jg kan..?

Nak kata aku ni educated ? Takdelah.. kat ofis tu lg ramai yg lbh educated dariku.!

Jeles pasal aku jadi perhatian kat ofis ni? Buat apa nak jeles? Sume tu.. bukan aku yg minta.. Kalau boleh, aku pun taknak la... Bosan tau.. Nak buat apa, kemana... cakap apa,gaul dgn siapa.. rapat dgn siapa,dan apa2 sjlah.. sume diperhati..!! Grrrrrrrrrrrr........ mcm artis Hollywood kena ekor kat paparazzi je!! Kalau korang nak sgt sume perhatian tu,.. amek la...!!!

Huh.. bosan betul la ngan karenah geng laser ni... macam korg tu bgs sgt? Serba-serbi apa yg org lain buat korg nak kutuk?.. Cermin diri korg sendiri dulu la before korg kutuk org lain...!!

Aku, selama ni sabar je ngan karenah korg.. ni sbb aku dpt ajaran baik dr mak bapak aku...,kalau aku ni dpt mak bapak cam korg, selamat la korg aku ganyang.. mulut tu laser tak kenal tempat!

Actually, bkn mak bapak korg punya slh.. korg sendiri punya mslh.. otak ada, tak nak pakai..!! Better korg jd kambing!! Jgn jadi manusia!!! Dah tua2... perangai cam bebudak!! Cam org zaman purba!! Zaman Flinstones!!

Kalau ada peluang.. kalaulah ada peluang bagus.. !! ? korg sume ni,aku nak sound sampai terdiam.. terkedu,tak boleh lawan cakap aku...

Huh.. lega!!


Saturday, October 3, 2009

Weekend with JEE & WINLLY


Weekend.. aku dan JEE reunion balik ngan Winlly.. kira last before dia ke Singapura...!! Nak berhijrah.. cari kerja kat sana!!

Around KB je.. Gila shopping jugak bebudak dua orang ni.. (Lenguh kaki akak follow korang..!!)
He he.. sebab kat tempat diorang takder Shopping Mall kan..? Mesti grab peluang bila aku bawa jalan...

Diorang sampai ke KB dalam kol 10 pg.. aku jemput kat bus stand and terus bawa gi MC D.. Bfast ala kadar.. dah isi perut, baru la best nak jalan kan...?

Pastu, shopping sana.. shopping sini... aku tak join la kan.. bawa diorang jalan je.. Lagipun.. shopping mall ni, dekat je ngan umah aku.. selalu datang.. sampai dah bosan dengan barang-barang yang dijual kat sini.. semua nampak biasa je...!!

Kol 3.. makan tghari.. he he,. kiranya dah lewat la kan..? Kitorang makan kat Restoran Rasamas...

Pastu, jalan-jalan jap dan.. roger...!!

First time aku dengar dan tau.. rupanya ada tiket bas pergi balik dari Bandar Machang ke Kota Bharu.. Kelakar.. 40 minit pun.. ada tiket pergi balik ke..? ha..ha.. nampak sangat aku dah bertahun tak naik bas... Em.. sejak tamat belajar dulu la kot...

Oleh kerana masa dah lewat petang.. tak benarkan diorang naik bas.. Rasa tak sanggup plak biarkan anak dara 2 orang ni naik bas lewat-lewat camni.. Bahaya o.. camner kalau tetiba.. kena culik ke apa ke..? Aku jugak yang kena...!!

Sooooooooooooooooooo........................ Aku hantar diorang sampai depan tangga rumah lagi... !!
Penat woooooooooooooo...... Kol 7.30 mlm baru sampai rumah.,..!! First time balik lewat... demi adik-adik yang ku sayang.. Chewahhhhhhhh,....

OK .. itu cerita pasal weekend aku.. best tul..!!

Tapi, ntah bila boleh jumpa si WINLLY ni lagi... dah nak ke Singapura tu...
To Awin.. i wish u.. all the best!! Good Luck for your interview... I'll Miss you bebeh..


Thursday, October 1, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest



Si Comel Berbaju Raya.. nak join la.. sukanya!!... Sesapa yg ada anak ke.. adik ke.. anak saudara ke.., jom le kita join contest ni..

Korang masuk je kat :

mama_ammar


Cara Penyertaan

Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)

Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.


Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.


Syarat Penyertaan


Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda - settle

Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - settle

Membuat entri mengenai contest ini diblog anda -settle

Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) -settle

Sila nyatakan nama si comel dan umurnya -settle

Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) - settle
Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.


SPONSORS... Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko.


GAMBAR SI COMEL KU...



MUHAMMAD RIZQAN BIN AZAMI

8 BULAN



Wednesday, September 30, 2009

~~WINLLY~~


Last day WINLLY praktikal kat ofis aku... very sad oooo... mula-mulanya ingat takder apa-apa.. biasa je.. tapi, tadi.. time nak balik .. tiba-tiba sayu hati ni.. nak menitis la plak air mata.. sedih sesangat!

Hari Isnin hari tu dah celebrate untuk dia..belanja KFC kat Tanah Merah... So, hari ni.. biasa-biasa je la.. makan kat kedai makan yang biasa kitorang kunjungi..

Petang dalam kol 4 gitu.. aku suruh WINLLY naik atas.. bahagian Pentadbiran for say "bye"...

Dalam tempoh dia kat atas tu la.. sayu je hati ini.. sampaikan, bila semua orang tegur pun.. cam malas je nak jawab... Lagipun.. diorang tu mengusik aku je kerja.. kata aku sedih la.. apa la..
Memang aku sedih!! So, what?

Tumb print bersama.. WINLLY tinggalkan "minyak ajaib" dia tu.. biasanya, tanpa minyak ni.. susah la mesin fingertag tu nak kesan jari kitorang!! Thanks ..

Aku hadiahkan toys untuk dia.. memang dia suka sangat benda berbulu camni...

Actually, ada beli baju kemeja warna hitam untuk dia pakai gi Interview,.. tapi, last-last minit, taknak bagi plak... sebab, semalam.. dia cakap tak sesuai bagi kaum Chinesse pakai warna hitam gi Interview ( dia tak tau aku ada belikan untuk dia...)

Em.. tak tau apa rasanya tinggal berdua je dengan JIE kat ofis tu.. JIE ni pun budak praktikal.. bulan 12 ni dia plak tamat.. very poor me..

GONNA MISS.. MY DEAREST YOUNGER SISTER... TAM WINLLY


Sunday, September 27, 2009

Kuih Raya...

Hari pertama bekerja selepas cuti raya... seperti yang dijanjikan.., aku bawa sedikit kuih raya untuk kawan-kawan seofis.Yang ni.. kira limited edition la... Rupanya, maybe tak cantik sangat, tapi..takde kat kedai yang rasanya sesedap ni... Ha.. ha.. perasan la plak!!


Aku letak dalam plastik camni...sebab, senang.. takyah campur dalam satu bekas.. nanti terpaksa berebut..tak cukup plak..! Dah paking camni,kiranya setiap seorang dapat merasa semua jenis la..


Biskut Arab



Biskut Chips Hazel



Biskut Ais Krim


Biskut Kacang Tanah


Biskut Makmur


Moccona Crispy With Coconut



Biskut Strawberry Tart



Takder dalam entry: Biskut Cornflakes,Biskut Almond London dan Biskut Tat Nenas Gulung.. Termiss la .. Lupa nak snap gambar..!!



P/s: Suka tengok cara diorang makan.. Rasa cam hasil tangan aku ni amatlah dihargai.. Best sangat.. Siap dapat pujian lagi..... SedaPPPPppppppp....!!! Next year, kalau panjang umur dan takder aral melintang,Insyaallah buat lagi..