Sunday, February 21, 2010

Doraemon oh Doraemon....

Bencinya.. Dah la penat sebab KEMBARA BERBASIKAL hari SABTU belum hilang,..(Nanti nak upload gambar..!)

Hari ni pulak,... DORAEMONku buat hal lagi...!

Kali ni, start tak hidup selepas aku isi petrol..

Tensionnya...
Seperti biasa... ku SMS rakan seofisku la...
Wah, bagus tul.. sepantas SUPERMAN.. dia datang...! BEREMPAT lagi tu!!

Hua hua.. Rupanya.. BATTERI punya masalah!!... Ni kes CRAZY TRAVELLING aku hari tu la... Tak sempat nak servis pun lagi !! Habis kering kontang bahan-bahan dalamannya!! Nasib belum sampai tahap PARAH bebenar!!

Tengok ni :
v
v
v
v
v


->> Lepas tolak baru dapat start!..

Kesian hero-hero kita tu.. Kat tengah panas.. Pakai kemeja kerja!!.. Boleh bayangkan?
Huhu.. Terharunya.. nasib baik ada diorang! Thanks very-very much!!.. You're all the best!!


Tengok ni pulak :
v
v
v
v
v

->> DORAEMONku dah jadi bahan EKSPERIMEN ..

Lihat apa kata diorang...

1) Air Bateri kering kontang
2) Minyak Power Stereng kering
3) Minyak brek kurang
4).. Bla.. bla..
5) ZA kena KAHWIN ngan ORANG YANG PANDAI BAIKI KERETA!!
--->>>>>> Ewah-ewah.... PERLU ke tu ?
Takkan aku mesti nak kena kahwin ngan POMEN?

Hahahhhhh... Kelakar la korang ni! Tak Patut.. tak patut!!


Memulanya, ingat nak cuti esok, bawak keta gi servis..

Tapi, tak jadi sebab ada budiman yang nak tolong bawa ke bengkel!!.. Hihi.. Takyah la aku tunggu seharian kat bengkel servis tu!!

Hehe.. Thanks BRO! Thousand Six Thanks..






MUKA CONTROL TENSION DUIT NAK MELAYANG LAGI... HUA.. POKAI!!..
->> Haruskah lepas ni ku menumpang orang atau naik bas je ke Opisku ? Seperti cadangan My TEMAN?














Saturday, February 20, 2010

PRETTY ZAZA BABY FACE TOP 5..

Salam.....

Here's the list of THE TOP 5

Boy.......













Girl........














Semuanya COMEL dan CUTE!!!... Suka sesangat..! TAHNIAH..!
Kepada yang tak berjaya , NEXT TIME SUDI-SUDIKAN le diri anda JOIN lagi CONTEST ANJURAN AKU... JANGAN SERIK PULAK!!...







.

Friday, February 19, 2010

MAK OI....




"Badan ku kurus, bukannya kurang makan...
Mataku merah, bukannya kurang tidur..
Sedih hatiku kerana.. si jantung hati..
Ohh.. si jantung hati.!!"


Hua hua.. aku dah kurus ni! Timbang tadi, turun lagi sekilo!
(Tapi, naper pipiku tetap kembung?)

Tak nak wei.. karang kurus sekeping.., Potongan badan lari pulak! HODOH!
Berat menurun sejak kes hari tu.. TAK LALU MAKAN konon...!?
Tengok? Sapa susah? Aku jugak...! Dah kurus camni... Seluar pun dah longgar!.. Kena pakai satu-satunya jeans LADYLIKE ku yang saiz 27 tu... Tak boleh bergilir ngan yang lain dah....

Lagi satu, Bukan aku sengaja makan sikit sebab nak kurus atau sebab PUTUS CINTA!..
Tapi, tangki perut aku memang kecik !!
(Ada orang pernah cakap camni kat aku..!)

Makan sikit je.. dah tak dapat sumbat ke mulut dah! Bukan niat nak membazir! Memang tak dapat telan! Aku selalu order nasi separuh... Tapi, kekadang.. TETAP TAK HABIS MAKAN!!
Lagi-lagi la kalau time hari bekerja, area opis aku... semua kedai pun masakan dia tak sedap!!

Nak makan fast food? Jangan harap la wei... Kena drive 20 minit ke pekan satu lagi! Tu pun, KFC je la!!..
(Teringat plak waktu dating bertiga ari tu..!)

Berlainan ngan area rumah aku.. Tengah-tengah Bandar Kota Bharu.. semua ada! Semua masakan sedap! Jarang nak jumpa yang tak sedap!!.. Lagi-lagi kalau masakan kat rumah aku!.. CONFIRM SEDAP!! Hihi.. Puji diri sendiri pun boleh ke?
Hari ni..online kejap je.. (Sempat la chatt ngan IMAH!)

Bosan pasal kes VIRUS GILA tu la!..

Jadi, aku lepak-lepak depan tv.. kemas rumah, cuci pakaian.. masak-memasak... layan anak, suami...
Eh, mana ada anak lagi? Nikah pun belum!!.. (haha...Cam surirumah la pulak kan?!!)

Petang dalam kol 5... keluar cari cari lauk dan sayur kat MALL.. Ye la kan, mana ada barang yang FRESH kat pasar basah time-time camni? Memang purposely beli lauk pauk je la.. tak lama kat situ.. Hujung minggu camni, orang ramai! Rimas la.. So, tak sampai sejam .. aku dah lepak depan tv umah aku dah!!

Jap g ni.. selepas N3 ni siap, aku nak dengar lagu je.. Yeay.. yang baru siap download malam tadi, dah convert ke cd.. esok dengar dalam keta on the way gi OPIS!

Esok SABTU.. kena gi opis?

Ops...Jangan pelik dulu, Esok ada KEMBARA BERBASIKAL JAJAHAN dan aku kena bertugas .. Cam biasa kalau ada majlis, kena hias meja, sediakan GOODIES dan HADIAH-HADIAH.. serta HAMPER!!..
Hah!!? Kol 7.00 pagi dah kena sampai kat situ..? heheh.. aku kol 8.00 pagi la,! yang kol 7.00 tu,.. geng-geng belia yang dah terpilih oleh pihak atasan! (Aku yang comel ni tak dpilih? hihi.. SYUKUR!!!!..)!!

Oklah,.. before sign out.. Nak tanya korang, Kalau namanya KAWAN.. tak boleh ke nak SMS? MMS? CALLING-CALLING? PELIK!! Bagi aku, memang PELIK! Takkan ngan couple je kita boleh selalu buat camtu? Ngan KAWAN?

Ke korang fikir camner?


P/s : Ingatkan dah sembuh takyah la makan ubat sampai habis! Tengok.. dah berair hidung pulak sebab berjaga malam tadi! Antibodi cam budak-budak! LEMAH sesangat! Tak bertenaga! Tak cukup ZAT! heheh.. Mengata diri sendiri pun boleh aku ni!?..

(Again, teringat lagi kat orang yang suka NGEPEK kat aku tu..!)


Ok la.. Jumpa esok kalau aku online..

Nite, SLEEP WELL.. NICE DREAM!

Doakan aku cepat jumpa JODOH ye? Heheh.. Boleh ke mintak gitu?






















AKU BENGANG NI....

Bengangnya..
My Lappy kena serang kat virus gile ni! Malam tadi, online download lagu sampai kol 2.30 pg.. Sambil tu, sempat chatting ngan kekawan.

Ada sorang kawan bergurau ntah apa-apa.. bagi url site....
Mak aih.. Site apa tu? Cuba korang teka? Nak marah ada.. nak gelak pun ada!!
Last-last.. aku bagi ceramah kat dia.. yang dia panggil "NGEPEK" tu!!
Kih kih.. sayang sesangat kat kawan aku sorang ni..!
Tak pernahnya aku nak amek hati atau marah sangat kat dia.. dan kekadang kalau terasa kat dia pun, kejap je aku dah OK!
Entah mengapa, WALAU perangai dia cam gitu, di mataku, dia tetap COMEL dan CUTE!.. Nothing can STOP me from SAYANG dia!!
->> Kalau orang lain .. dah lama aku REJECT ,MARAH dan TAK KAWAN!!

Opss.. Back to my KISAH BENGANG !!

Pagi ni, on je Lappy aku.. tengok dia bermasalah!

Ayat yang aku bengang ni muncul kat screen...

" YOUR PC IS IN DANGER.. " VIRUS AND HARMFUL....bla.. bla... bla..

"Most of the viruses is because of pornsite visitors..."

AMBOI............!!!

Bila masa pulak aku search? Malam tadi, tekan URL tu .. terkejut gile , terus tutup la!!

GERAMNYA!
Nak salahkan siapa ni? Takkan kat kawan aku tu kot? Dia takde means apa-apa but GURAU je tu... (kan sayang ? kan ? kan?)

Lagi satu, kat FACEBOOK pun aku bengang.. ada gak virus dari situ yang attacked aku punya LAPPY ni..

Siap attacked aku punya network line plak tu..

Nak curi PASSWORD credit card aku? Aku mana la ada ! Nak curi PASSWORD bank aku? CURI je la... MANA ADA DUIT KAT AKAUN BANK AKU!!






Sekejap je boleh on ni.. pastu, TEROFF sendiri!!.. Kena ON semula... PENAT!!!

Hua hua.. susah la nak online.. susah jugak nak chatt ngan kekawan.. Susah nak e-mail. Susah nak berblogging.. SUSAH NAK TENET !!!
Nangis dah ni!!... TOLONG!!!!!!!!!!!!!



Thursday, February 18, 2010

NGETOP till 20 FEBUARI 2010..

Salam..

Here's the LIST OF PRETTY ZAZA BABY FACE NGETOP

Boy...









GIRL...










Boleh dikira semua kat atas tu adalah bakal pemenang...! Tahniah!
Kepada calon Yang tersenarai kat TOP sebelum ni, ada hadiah saguhati untuk BABY FACE yang terpilih.. Jangan Bersedih dulu.. Berdoalah bebanyak agar anak anda terpilh.. heheh!

Love you all..



N3 CIPAN.. Zodiak hari ni.. Sesaja je!

The situation of your love affairs for you. You will not know exactly what you want. Try to live at a slower pace in order to give your body the natural relaxation it needs so as to function properly. You'll benefit from strong astral support which will favor the growth of your business.
If you respect other people in the decision you make, then they will respect you.

- Kekadang.. aku fikir apa saja keputusan yang aku buat tu memang yang terbaik untuk diriku.. Tapi, tanpa disedari mungkin keputusan itu akan melukai dan mengecewakan sesetengah orang. Hmmmmm....

Have confident in your good star and you also can aspect your friends to give you help in case of necessity. Go and do sport and amuse yourself at some game,this will help you change your ideas. Despite your efforts, it will be difficult for you not to worry about your family problems which will make a comeback again, take the bull by the horns instead of acting like an ostrich. The amorous domain will be very unstable, made of unfaithfulness, disputes which will multiply, you'll be excessively fickle.

- Kalau masalah kat rumah terbawa-bawa ke opis dan masalah opis terbawa-bawa balik ke rumah sehingga melukai orang yang tak terlibat dengan masalah tu.. Tak patut la kan? Tapi, selalu terjadi dalam kehidupan semua orang! Camner nak elakkan ye?

"If you are NOT a part of the solution, then you are part of the problem."


- Of course dalam hidup ni penuh dengan masalah!! Harap-harap aku sebahagian daripada penyelesai kepada semua masalah bukannya sebahagian daripada masalah itu.....


P/S : Yang dekat itu MATI, Yang sedikit itu MASA, Yang besar itu NAFSU, Yang berat itu AMANAH..... RENUNGKANLAH!!

Tuesday, February 16, 2010

"Kekasih Lama - Dirindui Entahlah".....

Semasa aku blog walking kat blog Something is Special.. aku amatlah tertarik dengan N3 pemilik blog) mengenai ulasan beliau tentang N3 dari Blog Nadia Yuna..

"Kekasih Lama - Dirindui Entahlah".....


Nadia Yuna sedang merindui kekasih lamanya dan mintak tolong kawan-kawan beliau untuk melupakan kekasih lamanya.....

Yang ni cara-cara untuk melupakan kekasih lama yang
  1. Penuhkan hidup anda dengan aktiviti-aktiviti lain i.e bersukan ke, pi camping ke ngan kawan2... So dengan itu minda anda akan dipenuhi dengan benda2 lain.... so kurang la kebarangkalian untuk mengingati kisah2 lampau...

  2. Jangan bersendirian atau berfikir banyak sangat sebab dengan automatik ianya akan menyebabkan kita ingat pada sidia....

  3. Apa kata cari kekasih baru dan happy2 so tak le kita merindu-rinduaan pada yang lepas kan....

  4. Dekatkan diri dengan Pencipta kita, banyakkan mengerjakan solat dan baca Al-Quran, minta pertolongan daripada Allah untuk ditenangkan fikiran kita......

  5. Kalau rasa susah sangat, apa kata lupuskan semua gambar / pemberian / surat / sms daripada bekas kekasih.. Apa-apa pun semoga ianya dapat sedikit sebanyak meringankan beban......
Yang ni aku nak tambah...

  1. Anggap saja dia bukanlah JODOH kita dan ALLAH S.W.T sememangnya dah sediakan seseorang yang lebih baik dan sempurna untuk dijodohkan kepada kita.
  2. Mungkin sukar.. tapi, cubalah anggap bahawasanya, dia hanyalah berupa sebuah MIMPI dan kewujudannya adalah bersifat sementara.
  3. Ingatlah, kasih daripada ALLAH S.W.T adalah kasih yang paling sejati.

Nampak macam senang je kan nak bagi nasihat kat orang...? Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul sebenarnya...
-> Orang lain mungkin boleh bagi pandangan.. namun , hati yang empunya diri..? Siapa yang tahu.. kan?...

Kepada CIK NADIA... semoga anda dapat melupakan bekas kekasih tu dengan kadar yang segera dan semoga anda bertemu dengan JODOH yang sebaik-baiknya.. INSYAALLAH.


P/s :

Semasa N3 ni dibuat, terdetik seketika tentang my TEMAN TAPI MESRA tu..

-> Seems dia lain semacam je.. Aku rasa cam dia ni still rasa CINTA dan SAYANG kat aku je tu..?
---> Cam dia nak lawan perasaan sendiri plak! Taknak terima hakikat yang aku still rapat ngan dia sebab memang betul dalam hati aku dah masukkan dia dalam golongan kawan yang paling aku suka dan sayang? 2-3 hari ni, dia tetiba cam bermasalah, elakkan diri.. taknak kawan ngan aku terus.. Tak patut kan?
---->> Nak peningkan kepala aku lagi la tu..!? Takde maknanya.. aku dah cukup BAHAGIA sekarang!
----------->> Cuma, aku tak suka la.. Tetiba hilang kawan ni! Berkawan biar seribu kan..?



Monday, February 15, 2010

Aku DEMAM ni!!



Salam...

Hari ni.. aku terbaring kat katil je.. DEMAM la, malas nak bergerak!
Pagi tadi, timbang berat badan ! MAK AI... dah banyak turun.! Slim cam model pulak!!
->> Hahah.. MODEL susu kambing la kot!


Online, tapi.. tak buat apa-apa pun.. Pasang lagu, then, tidur je!..
Kalau tersedar pun.. time nak kena makan ubat!
->> Masa ni la jugak amek peluang kacau kekawan.. SMS ke.. Ym ke.. E-mail ke..

Tapi, still.. mata terasa penat je.. kena tidur gak! Ubat punya pasal la tu..!

Pendek kata, hari ni.. memang tak menyempat nak intai-intai blog aku dan juga blog kekawan!!

Opss.. mata dah tak dapat buka ni.. Suruh aku tidur la tu..

Ok la... jumpa esok wahai LAPPY dan kekawanku..

P/s : Semalam dah upload mereka yang ngetop... tengok la kat N3 sebelum ni!
Esok atau lusa kalau aku tak terbaring demam, INSYAALLAH kita jumpa lagi dengan N3 list mereka yang lebih NGETOP!!




GOOD NIGHT & SWEET DREAM!!





Sunday, February 14, 2010

CRAZY TRAVELLING

Salam... cuba baca kisah CRAZY TRAVELLING aku ni..!!

Jumaat bertolak dari Kota Bharu ke Penang kol 10.00 pagi.., kol 10.30 pagi singgah kat Bandar Tanah Merah dan breakfast pastu masuk pasar beli keropok untuk adik beradik .
Kol 11.20 pagi bertolak dari Tanah Merah.. sampai kat Penang kol 2.45 petang.. Means, amek masa lebih kurang 3 jam lebih la jugak...




Aktiviti WAJIB before bertolak.. snap dulu la.. Muka yang tanpa mekap.. COMEL TAK? (Garnier dah tak ku pakai.. SERIK!!)
-> Tengok.. dah kurang jerawat kat dahi!

PENANG, here we come...


(Nak bagi surprise punya pasal, tak pasal-pasal.. aku ngan mak aku selisih ngan abang aku sefamily!.. Kami ke PENANG dan ABANG aku balik KOTA BHARU!!.. Lucu je kan?.. Nasib baik la adik ngan adik ipar aku tak balik KOTA BHARU.)

Gi KOMTAR dulu amek anak sepupu..
Fuh... jamm giler tu!! Sampai umah dah kol 4 petang dah.. Perut ku lapar giler tapi, just Makan martabak je sebab lepas Maghrib nanti nak keluar makan ngan adik dan adik ipar...Malam.. makan kat PERKAMPUNGAN HAMMER BAY.. restoran tepi sungai!!
Pastu, ke kedai kereta kawan adik aku.. USHA kereta!

Sebelum bertolak.. bergambar dulu.. heheh



Sini la...

Comel je diorang susun ni..


Sabtu, pagi, jalan-jalan cari barang kat bandar jap... Beli JERUK dan sempat gak sambar BEG baru.. MURAH tu..

Bertolak dari PENANG kol 12.00 tengahari dan sampai kat IPOH (umah kakak aku.. ) kol 2.15 petang.
-> Tak stay kat PENANG sebab adik dan adik ipar nak ba lik KEDAH.

Bukti aku sampai kat bandar IPOh.. hahah

Malam, ke PARKSON dan KAMDAR..

Mukaku yang kelihatan begitu ketara KEPENATAN.. tapi, sill gak nak pose!! heheh


Ahad, bertolak dari IPOH kol 10.30 pagi dan sampai KOTA BHARU k ol 5.00 petang!
Lambat sebab jalan jamm dan kitorang singgah makan-makan dulu..
-> Tak stay kat IPOH sebab anak sepupu kena keja hari SELASA.. Nak balik KOTA BHARU la.. ISNIN dia dah kena naik bas ke PENANG balik..Lagipun, family abang aku kan kat KOTA BHARU?

Nak bertolak balik Kota Bharu.. tengok! Muka cam orang sasau dah!

Singgah kat stesen minyak.. sempat posing cam biasa.. haha

Dari cerita kat atas tu, sekarang.. korang boleh tukar nama aku.. dari "PRETTY ZAZA" ke "ROBOTIC ZAZA"

Sebab.. semua perjalanan yang aku cerita tadi tu.. AKU SORANG YANG DRIVE!!
Cam tak caya je kan..?
AKU dan family aku sendiri pun sukar nak caya! Tapi, memang betul ni!!
NEKAD betul aku kali ni.!! Ni second time aku drive sorang jauh-jauh!!
Dah over confident than my first time time adik aku nak kahwin dulu tu!!
Masa first time dulu tu.. TERPAKSA sebab takde DRIVER lain..
Tapi, kali ni memang aku sendiri nekad !! Nak gak drive walau ada orang halang sekali pun..
-> HEHEH., sekarang ni.. mana ada lagi dah ORANG yang nak halang aku?? Ari tu, ada la...

Dan, yang BESTNYA.. lesen mandu dah tamat tempoh.. DRIVE jugak! .. 3-4 kali roadblock, tapi, tak kena mintak lesen pun.. heheh.. DUP DAP DUP DAP jantung aku time tu!! Kontrol senyum konon.. nasib la tak kena saman! LUCKY sungguh!

Now, yang TAK BESTNYA, akibat dari CRAZY TRAVELLING aku tu.. Aku DEMAM sebab BADAN dan TENAGA dah over GUNA!! Letih sesangat!! Yang lagi bencinya, Nak tidur pun tak lena ni.. Sebab OVER LETIH!!

OKLAH,... Setakat ni je hari ni sebab tak larat lagi nak mengomel...

Tadi, dah upload mereka yang ngetop... tengok la kat N3 sebelum ni!

Esok atau lusa kalau aku tak terbaring demam, INSYAALLAH kita jumpa lagi dengan N3 list mereka yang lebih NGETOP!!

P/s : "Manfaatlah kelebihan yang ada, hargailah, syukurilah, sayangilah. Bila-bila masa ianya akan meninggalkan kita!!"


NGETOP..

Salam...

Minta maaf sebab lambat umum...

Setelah juri-juri berpadu tenaga pilih sampai nak terbeliak biji mata dan pening kepala.. here, mereka yang terpilih dalam tapisan pertama dari 200 lebih calon!! HEBAT KAN?..

LAYAN......


GIRL NGETOP...











BOY NGETOP..











P/s : Harap bersabar kepada yang menang BROOCH GIVEAWAY tu..

HADIAH kalian, Aku akan pos sekali ngan HADIAH untuk mereka yang menang BABY FACE .. Kira sekali je la gi POST OFFICE!!.. Tak cukup masa la nak banyak-banyak kali beratur kat situ!! heheh...