Saturday, March 13, 2010

Hujan lebat, lepak kat rumah.. Takkan nak BANJIR kot?..

Salam.. hari ni satu hari lepak kat dalam rumah je..

Hujan memang tak henti-henti start dari jam 4 pagi lagi..!
Sejuk giler.. Tersedar time badan ku dah terketar-ketar!..
Kurus beb.. lemak takde.. ! Kalau dah hujan camni.. memang la ketar!
Keluar bilik, kumur dan buat milo panas.. pastu, sambung tidur!
Tarik selimut n plus lagi ngan toto!.. Macam hantu bungkus la!..
Sedar masa orang azan SUBUH.. Bangun Solat dan sambung tidur lagi..!
Bangun balik kol 8.00 pagi.. Buat breakfast.. goreng mee dan kuih segera!
Pastu, basuh kain baju, mandi dan makan la...

Then, buat keja yang dibawa balik dari OFIS.. balut Hadiah yang berkotak-kotak sampai lenguh-lenguh belakang aku!

Kol 2.30.. masak nasi dan lauk.. pastu, mandi dan makan..

Hujan lebat la pulak.. ingat lepas mandi ni nak keluar cari Track Suit dan JEANS
(Dah lama tak beli JEANS sebab keja GOV.. Pakai baju kurung je!)
Dah janji ngan kawan!.. Tapi, Malas la pulak!.. Hmmm... Sms, Kansel!..
->>Semalam pun hujan seharian!.. Tapi, takdelah lebat.. aku siap keluar ngan kawan ke MYDIN MALL tu lagi!

Apa lagi..?
Lepak atas katil, on LAPPY n...ONLINE la....!

Ntah masa mana terlelap, sedar-sedar dah pun kol 6.00 petang..
Heheh.. Aku tidur petang? Huh, Luar biasa ni!
Biasa aku yang suka kacau orang tak bagi tidur petang!..
->> Opss.. Sekali TERINGAT kat SOMEONE la plak!!!
Hari ni, disebabkan HUJAN LEBAT.. aku pun JOIN sekali..! Heheh.

Bangun, mandi... minum petang.. N lepak depan TV ngan family..
SANTAI sekali.. HAPPY la plak bila dapat kumpul ramai-ramai camni!..
->>Kakak aku sefamily balik!

Hmm... Ni la first time dalam SEJARAH WEEKENDku..
Lepak one whole day dalam rumah!..
->>Selain musim BANJIR la kan..?!


Sebut pasal BANJIR ni.. teringat la plak pasal banjir Hujung tahun 2009 yang baru lepas ni..!
First pengalaman aku kat tempat KEJA baru.. Jadi PETUGAS BILIK GERAKAN BANJIR..
Huhu.. Ingat lagi N3 yang dulu tu?..

TETIBA...TERFIKIR!...
Kalau la WAKTU bolehku pusing balik.. Kan BEST?
Aku nak ATUR jalan CERITA seperti yang aku mahukan..






TAK PATUT LA KORANG....!

Hari ni...

Ke Mydin Mall yang baru GRAND OPENING kat ----------!!!

Ramai giler orang...Nak jalan pun susah!.. Nasib la kitorang berdua ni kecik.. boleh menyelinap cam tikus mondok.. hehe..

Tengah syok cari barang,... ada ke patut?,..STAFF MYDIN.. dengan penuh semangatnya, suruh kitorang BLAH!..
(ke kaunter bayaran kalau ada barang yang nak dibeli, otherwise.. keluar la dari MYDIN tu!!).. ->> Mintak tolong angkat AIR MINERAL yang 24 pc/box tu pun....#2#*@!

Amboi, bukan kitorang tak tau.. Kat Kelantan ni, memang la MALL akan ditutup time SOLAT JUMAAT, lagipun.. Dah BERKALI MR DJ korang dok announced bagitau !..

Tak best la kalau korang pun dok "bising"!..

Haiya.. kalau tak nak RUSH sangat.. START KOL 12.00 TGH lagi la korang tutup pintu, takyah bagi pelanggan masuk...! Ni tidak, .. kol 12.45 pun.. korang bagi masuk lagi.!.. Pastu, sibuk la nak halau-halau!..

Tak sistematik.. DOWN OUR MOOD!!

Kalau tak kerana URGENT nak cari barang.. takde la kami last minute masuk kedai korang!!.. (Masa kami masuk tu.. actually, jam 12.10 TGH, kedai tutup sejam setengah start kol 1.00 PTG)

Hmm...



Ada "GUARD" jaga kat tangga bergerak ni..! Tak bagi ramai-ramai naik sekaligus!..
->> Naper? Takut runtuh ke wei..?



Kami yang tetap maintain "cute" walau tak puas hati!




->> Masa nak balik.. hujan la plak..! Keta parking kat luar.. Air Mineral 5 kotak... TROLLEY plak bukan boleh tolak keluar pun..!! Ramai staff dok kutip TROLLEY , tapi.. takde yang sudi tolong gadis ayu cam kitorang ni angkat kotak-kotak yang berat tu!.. SO, KAMI DENGAN SUSAH PAYAHNYA.. USUNG SENDIRI DALAM HUJAN..!

Ke TESCO plak...




KENNY ROGERS.. BEST n SEMPOI!..!





Makan ni...



Fuh.. LEGA.. !
KENYANG PERUT, SENANG HATI!!..

P/s:
Ada sesiapa pernah alami situasi cam kitorang..? BENGANG TAK KORANG?



Wednesday, March 10, 2010

ADA BERANI..? BUAT LA...

(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
  1. Nama penuhku.. ROSMALIZA bt SALLEH
  2. Nama panggilan dalam keluarga.. ACHIK
  3. Umur 28 nak masuk 29 tahun
  4. Lahir pada 25 JUN
  5. Belum berkahwin.. ADA CALON? ;-)
  6. Cun, comel.. aku la tu!
  7. Sedang memilih bakal suami.. haha
  8. Pakai keta SAVVY yang ku panggil DORAEMON
  9. Keje GOV.. gaji sengkek..!
  10. Nak futher study .. Tapi, still "layan" ENJOY lagi..
  11. Suka kaler PURPLE, YELLOW, RED, WHITE , GREEN & PINK
  12. Aku ni.. seorang yang manja sesangat!
  13. Juga seorang yang mudah MEMAAFKAN orang.. hmm.. SEMULAJADI!
  14. Peramah, mesra kawan, lembut dalam pertuturan, prihatin dalam persahabatan..
  15. Suka senyum dan ketawa, sukar nak marah, sangat sensitif dan..
  16. Mudah merajuk....Tapi, Senang la pulak nak dipujuk!!
  17. Tak suka simpan dendam.
  18. Gile berfacebook dan..
  19. Merepek kat belog..
  20. Suka dengar lagu Tamil.. huwargh hahha..
  21. Suka pasang lagu kuat-kuat dalam kereta dan pandu laju-laju... ;-)
  22. Tak suka kalau jammed kat jalan raya.. Mau Nangis beb!..
  23. Suka sangat.. suka sangat.. suka sangat.. Kekawan kat dunia blogger ni... ;-)

Ok dik AIN.. ALL DONE!

MALAS NAK MENTION NAMA KAT SINI... SAPA ADA "BERANI"..
SILA LA BUAT TAG NI.. ANGGAP AKU "CABAR" KORANG LA..




Monday, March 8, 2010

SAPO ORE KELATE..? PANTAI TIMUR?

Salam..
Sapa tinggal kat Pantai Timur?
Jom GEGARKAN BANDAR KOTA BHARU...
Dari hari tu nak gather.. Tak jadi2 kan?..!
Disebabkan sekarang ni saya dah pun kembali BEBAS, banyak masa terluang...boleh le kalau nak buat gathering ni!!
Ada berminat..? Tinggalkan jejak kat ruangan komen!..

Boleh war-warkan... Lagi ramai, lagi meriah!
Kalau ada orang sokong.. saya setkan tarikh!..
CUTI SEKOLAH NI KE?

Saturday, March 6, 2010

bobok..

Hari ni..
Taknak cerita panjang..
Coz aku tersangat-sangat penat!..

I'm PENAT but VERY-VERY HAPPY n ENJOY!

Nak tau naper? Next n3 aku cerita ye..
Heheh.. wasalam..

Love u all..









Friday, March 5, 2010

Kenduri Kahwin lagi..

Hari ni aku join rombongan hantar sepupu aku ke rumah mak mentua dia!.
Kenduri sebelah pihak lelaki pulak..
Heheh.. dari awal aku dah get ready ngan "soalan cepumas" yang biasa diajukan kepadaku!
Tapi, disebabkan banyak sangat "kesibukan" dan "kelam kabut" hari ni, .. takdelah "soalan cepumas" tu untuk aku!
I'm So happy.. hahha.


Jom layan picas...


Sebelum bertolak!
Ni Aku yang gila bergambar.. hahha.




Bersama Sepupuku yang comel..
Huwargh..
Naper aku tak lawa la dalam gambar-gambar kenduri kali ni!..?





Sepupuku ngan BONDAku..




Kedua-dua pengantin..





I'm very penat today!...
Sesat woo.. dan ada sebuah kereta dalam rombongan kami ROSAK!..
Kelam kabut la..!
Tak pernah lagi dalam sejarah aku ikut rombongan ke tempat kenduri,
ada kenderaan rosak on d way!..
Sepintas, teringat aku kepada DORAEMONku!..
Nasib la hari ni dia tak buat ONAR!..

Esok, myself will get thousand bored..
Nak bawa DORAEMON ke PUSAT SERVIS PROTON!
Kali ni, aku tak ajak sesiapa teman !..
Taknak nyusahkan orang dah!
Nak mengelak kalu tak betul-betul terpaksa!


DORAEMON BUAT HAL LAGI...

Salam kekawan...

Sori bebanyak belum pos hadiah BABY FACE tu...
Tak berkesempatan!..
Banyak hal...!
Waktu Lunch Hour pulak tak berani nak keluar sebab DORAEMON kan baru pulih?
3 minggu berturut-turut aku gi servis!
Ingat tak N3 pasal aku ada TEMAN gi servis?
Pastu.. N3 pasal Aku gi ngan kawan aku pulak.. Tukar BATERI
Dan ESOK, kena masuk bengkel PROTON pulak!.. Tau tak sebab apa..?

Ni ceritanya...
Hari selasa yang lepas, aku keluar Lunch kat luar dari ofis!
Syok je makan!
Then, time nak balik, DORAEMON START TAK HIDUP pulak!
Huwargh.. berkali-kali aku cuba!.. Tetap tak hidup!
Aku SMS kawan seofis.. 3 orang datang.. Bos aku dan kawan sedept aku!

Tolong tolak cam biasa!..
Tapi, kali ni.. TETAP TAK HIDUP!..
Kesian betul aku tengok diorang time ni!!
Tapi, nak buat camner? DORAEMONku ni dah makin bangang! Nyusahkan orang je!!
Camner kalau diorang dah BORING pasal kena tolong aku TOLAK KERETA ni?
Nak panggil sapa? Aku bukan ada kawan pun kat area ni!
Lain la kalau terkena kat area rumah aku!

Jawapannya kepada masalah kat atas tu...




2 Hari DORAEMONku masuk WAD!
Bengkel servis kat area ofis! Tapi, tetap tak meyakinkan!
Semalam.. susah lagi nak start! 4-5 kali start baru hidup!
Esok kena hantar masuk PUSAT SERVIS PROTON la! MAHAL OOOOO...
Habis duit simpananku Pokai kerana DORAEMONku ini!
Huwargh.. SABAR je la!

TUKAR YANG BARU?..
Mungkin tidak buat masa ni sebab dah 6 tahun aku bayar ansuran..
Rugi je kalau TRADE IN murah-murah!!..

Tapi, kalau still gak NAK MENYUSAHKAN aku, pasni.. aku tukar jugak le!
Yang mampu aku miliki dengan cepat...


"BASIKAL"


Thursday, March 4, 2010

I MISS You So Much!!!!


Merindui dan Dirindui...!

Kalaulah dapat aku pilih antara dua ayat tu..
Aku tak nak stay dalam keadaan merindui seseorang!..

Penuh seksa.. serba benda yang nak dibuat, tak menjadi!..
Semua serba tak kena!
Masa sibuk, takde la menyempat nak rindu..
Tapi, cuba kalau time free, semua ingatan tertumpu kepada orang yang dirindui tu je!..
Lagi-lagi la kalau berada dalam tempoh "GADUH"...! Harus-harus PARAH jadinya!.

Dah jadi tabiat aku, bila gaduh, terasa hati atau marah ngan seseorang ,
kalau tak nampak muka dia takpe...!
But, Once dah nampak, mesti jadi bangang!
Serta-merta perasaan RINDU tu datang!
Rindu kat gelak tawa dia, kat gurau senda dia, kat kemesraan sebelum ni..
dan macam-macam lagi la!
Tak kira la, orang tu KAWAN ke, BOYFRIEND ke, EX-BOFRIEND ke .. apa-apa je lah!

Aku pun boring dan tension sebenarnya, tapi, selalu terlupa dan gi TEGUR orang tu dulu!!..
Tak kira lah.. TERSMS ke, TERCALL ke...

Aku LUPA benda ni,
Kekadang, kalau dah selalu sangat kita yang PUJUK, orang tu boleh NAIK LEMAK, selalu ulang benda yang sama!
Berani MARAH kita, BULI kita, dan macam-macam lagilah!
Lagi-lagilah kalau dia tau kita ni LEMAH dan SAYANG kat dia..
Mulalah dia tu.. EXTRA PERASAN!!

Sometimes, ada terfikir gak..
DIA tu tak WORTH ngan KASIH SAYANG dan PERASAAN RINDU aku tu!!?
Then, Patut ke aku KAWAN ngan dia?.. SAYANG kat dia?
JAWAPANNYA.. TETAP RINDU! (Bilalah aku nak sedar ni?)

Aku cukup bengang ngan diri aku ni! SUNGGUH!
Selain dok RINDU dan TERINGAT kat dia !..
Banyak lagi benda lain yang boleh aku fikir dan buat sebenarnya..
Tapi, Selalu aku LUPA DIRI! Konon-kononnya tak nak hirau..
Tapi, tak MENJADI juga!..

Lagi satu,... Aku Tak nak gaduh ngan sesiapa !
Biar la aku tak ramai kawan, tapi.. aku tak nak menjadi orang yang DIBENCI!!

Tak nak ada orang yang "TENSION" ngan aku,
"TERASA" ngan aku , "TAK PUAS HATI" ngan aku! Ataupun "BERDENDAM" ngan aku..!

A
ku nak jadi aku yang LOW PROFILE semula!.. Cam dulu-dulu!
Takde orang khas yang perlu dirindui dan disayang..
(kalau dia tak berbaloi untuk aku sayang dan rindu!)

AND...
I REALLY Want to Stay away from stormy discussions and conflictual relationships... Bosan beb! Buat pening otak aku je!!

Tapi, hari ni aku dah termasuk dalam KUMPULAN MENGUMPAT DAN MENGATA..
Walau aku just banyak dengar tanpa komen.. tetap aku tak suka sebenarnya!!
Kenapa telingaku mesti nak kena dengar benda buruk pasal orang tu.. pasal orang ni??
Dan, kenapa pulak nak datang bagitau aku pasal kekurangan dan keburukan orang yang aku sayang?
KENAPA? Apa niat mereka yang BERDISCUSS tu?..
Nak suruh aku tumpang BENCI dan mengata sama ke wei?

Actually,
Kalau korang Benci, Menyampah atau Meluat kat Orang yang aku RAPAT dan SAYANG tu..
Lantak korang la.. TAKYAH nak MERACUNI fikiran aku ni! Takde maknanya!
ONCE aku dah SAYANG kat seseorang..
Susah sangat aku nak BENCI kat dia..! Tak kira la .. KAWAN ke, sapa ke..
AND walau aku dah tak rapat ngan orang tu, sukar gak aku nak mengata dia!

HUWARGH...
Hari ni, TERINGAT sesangat kat seseorang..
Dah 2 hari tak jumpa berdepan sebab aku mengelak!
(Kekononnya nak jauhkan diri dari dia la!)
Dan.. Sekejap tadi, ternampak dia kat depan mata!
Nak pengsan! Lagi aku nak lupa.. lagi la dia muncul di mataku!

So, camner baru aku dapat lupakan dia ni?...
Hmm... Berbaloi-baloi ke dia ni ngan aku?? Konfius gak ni!

Sepatutnya, Aku fikir camni..

Kalau dia Taknak KAWAN ngan AKU sudah la..
Ramai lagi orang yang nak KAWAN ngan aku!

T
api, tetap tak boleh buat atau fikir camtu!
Adakah perasaan sayang telah mengatasi segalanya?





Wednesday, March 3, 2010

Setahun kat tempat keja baru..

Genap setahun aku kat tempat kerja baru ni!!
Cam sekejap sangat la... Pejam celik.. pejam celik, dah pun cecah setahun!

Masih segar dalam ingatan, hari pertama aku lapor diri dulu...
Penuh Semangat! Pagi-pagi dah sampai kat ofis ni!..
Walhal, orang lain petang lepas lunch baru datang lapor diri!..
Melanggok aku menunggu kat sofa.. Bos pun takde! Ntah ke mana ntah!..
Terasa sangat aku ni cam orang asing je kat bahagian pentadbiran tu!
Kebetulan, bulan Mac.. diorang semua sibuk dengan bermacam akiviti luar!..
Takde masa nak welcome kami.. staff baru ni!
Walau ada gak sepasang dua pasang mata yang perasan akan kehadiran kami,
belum cukup untuk menghilangkan rasa "terasing" aku tu!!
Huwargh... dekat sebulan gak melepak tanpa hala tujuan kat bahagian pentadbiran ni!..

Pastu, kena posting ke bahagian lain!..
Bahagian yang seluruh penghuninya ialah LELAKI!! Meraung aku!
(Dalam hati je la kan!?)
Lagi dua orang staff baru yang lapor diri ngan aku, kena posting kat bahagian lain!
Bahagian sama pulak tu!!
Marah gile aku! Kenapa aku pulak yang diasingkan?.... HUWARGH!!

Tapi, tak amek masa yang lama untuk sesuaikan diri kat sini.. ! Mereka semua memang SUPERB BAIK HATI!! Syukur pada Tuhan!
Sekarang ni, aku rasa, berada bersama sekumpulan lelaki lebih baik dari perempuan pulak!..
Yelah kan... lelaki mana ada nak gosip-gosip, ngumpat-ngumpat dan sebagainyalah...!
SUKA SESANGAT!!.. Sesuai ngan jiwa aku!

Walau apa-pun.. sepanjang masa, aku akan ada at least seorang peneman! Bebudak Praktikal yang silih berganti!! Thanks anyway to Pentadbiran!
Takde la aku boring sangat!

Sempena ulangtahun yang ke setahun aku ni.. Balik jap gi, nak belanja family makan PIZZA !! Hehehe.. walaupun aku tak suka makan PIZZA... cukup seronok tengok mereka yang aku sayang makan!

Jom ... makan PIZZA!

Cancer
Mar 03, 2010

It will be the moment to try everything so as to achieve a reconciliation with your close ones.
Heartwise, you'll be inclined to become enthusiastic too quickly; if someone subdues you,
wait some time to believe it! You'll show lucidity in financial matters. In work, you'll be favored by fortune. Beware of blood troubles; don't let your small malaises degenerate, it may be difficult to cure them later on. Your ears and eyes will be sensitive: beware of inflammations.








Tuesday, March 2, 2010

KAMI : 1st Giveaway


Nak support Giveaway kawan2 aku...

Kami 1st Giveaway..
Ni dia "KAMI" tu..




Ena

Kalau korang pun nak join.. KLIK le kat Nama2 di atas tu!!

Syarat² penyertaan :


1) Syaratnye simple je, tp perlukan mase yg lame skit, korang di wajibkan jadi follower kitorg nie, sbb ni semua penyumbang hadiah & juri² di iktiraf dan sudikanlah letak blog ktorg dlm bloglist supaya korang tahu perkembangan giveaway nie sebab setiap blog akan bagi infomasi berbeza.... -Dah lama Follow

2) Lepas nie, kalau korang rase tak nk jadi follower ktorgpun, ktorg tak marah...terpulang pada hak individu, tp utk menyertai giveaway nie korang WAJIB jadi follower...please!!!! untuk kali nie je jd follower ktorg yeee.... :) - Aku lah FOLLOWER yang SETIA

3) Kena buat satu entry pasal KAMI : 1st Giveaway nie & letakkan sekali banner kat atas nie....tak payah buat SME (sticky mode entry)... - Dah buat la ni..

4) Pada sesapa yang nak join kena bagi link korang dalam comment box untuk entry KAMI : 1st Giveaway dalam blog ZURA....nti aku akan updatekan nama korang sebagai peserta dalam blog aku.....so check it out!!! - Dah bagi..!

5)Lepas tue korang duk diam sampai ktorg cabut undi....dan akan ada arahan baru dari aku...so bermula ari nie smpai 12hb, aku dan kengkawan akan monitor, tgk siapa yang kena...hehehe.... -Harap2 umpanku mengena.. hahah


KAMI : 1st Giveaway ini akan berlanjutan selama 2 minggu....
- Wokey.. kekawan aku sume.. jom support giveaway ni!!

Selamat mencuba....hadiah dia mmg best...superb..ape? tunggguuuuuuuuuuuuuuuu
- SETIA MENUNGGU..





Sunday, February 28, 2010

CONTEST BAJU KURUNG MENAWAN

Salam..

Tiba masa aku plak masuk contest...! Biasa hantar anak-anak buah je join.. Kali ni, sendiri mau cuba nasib!!.. Heheh.. mana tau ada rezeki kan..?

Contest ni Baju Kurung Menawan yang dianjurkan oleh mrs Honeybee (Weiyda..)



Jom la beramai-ramai join contest ni..
Sapa minat nak join.. klik la kat gambar di atas tu!!..
Syarat-syarat untuk join memang senang je! DI HUJUNG JARI..

Nah gambar yang nak dipertandingkan...
Tak diedit-edit pun, untuk menyerlahkan lagi keikhlasan,keayuan dan keaslian sebenar saya!.. Huwargh hahah..
-->> Syarat ke 3 : DONE
(Hope ada menarik mata para juri kita la... Heheh.. Ayu gitu!!)


v
v
v
v



Jom lengkapkan ayat ni...

"Saya nak masuk contest ni kerana contest ni boleh menjadi tapak untuk menyerlahkan keayuan diri saya!.. Heheh.. Konon-kononnya AYU la kan?

Dan warna yang saya suka adalah merah cam di atas tu la!..
Saya sukakan warna merah ni kerana ianya dapat menyerlahkan keceriaan wajah saya, dan melambangkan satu sikap "keberanian"... Heheh.. saya ni sebenarnya lembut dan penakut sket, so.. kena la cari satu alternatif untuk kurangkan terserlahnya benda tu semua.. Konon-kononnya cover tak bagi orang tau la kan..?
--> Syarat ke 4 : Done

Ok.. saya dapat tau pasal contest yang best ni dari blog ZH-ENA ..
--> Syarat no 6 : Done


Saya dah pun jadi PENGIKUT blog HONEYBEE dan Buat ENTRY pasal CONTEST BAJU KURUNG MENAWAN ni...
-
-> Kiranya syarat 1 dan 2 dah Done la ya..

Last, nak wish HAPPY ANNIVESARY TO MRS WEIYDA..
Semoga bahagia senantiasa.. Amin!

Thanks buat contest yang best ni! Annivesary tahun depan., buat lagi ye!








Saturday, February 27, 2010

Weekend Yang Sibuk...

SABTU, 27 Febuari 2010

HARI NI SEHARIAN AKU SIBUK ..

Apa yang AKU sibukkan sangat tu?

Pagi..

Cuci pakaian & Cadar + Kemas Bilik + Masak-memasak

Tengahari....

Ke Kedai Bateri Kereta
(Yalah.. nak tukar bateri kereta, tentulah ke kedai bateri kereta! Takkan nak ke kedai runcit pulak beli, bateri EVEREADY kan?)..




Petang...

Cari Hadiah Untuk BABY FACE..
Huwargh.. Bab ni, walau PENING, Tetap aku suka!!...

Last-last.. benda-benda ni yang aku beli..!












Heheh, Rasa cam shopping untuk aku sendiri je.. SAKAN !!
Walaupun SEDIKIT PENING, tetap ku suka.. Heheh.. Ribuan ucapan terima kasih untuk SAHABATKU yang sudi mengorbankan petang hari SABTU untuk menemaniku...
Siap bagi idea best lagi tu..

Yang tak sempat nak SNAP gambar..
T-Shirt HALF for girl dan another T-Shirt for Boy..

AMACAM? MENARIK TAK?
SAPA NAK? ANGKAT KAKI DAN TANGAN!!
HEHEH.. JANGAN BERANGAN LA... IANYA UNTUK SEMUA YANG MENANG BABY FACE HARI TU LA!!!

Sabar ye korang yang menang tu..
Dah menang, tak kemananya HADIAH tu!.. Ke riba korang jugak!!...
Heheh... jangan marah!!!
-nak cari kotak.. nak cari kotak.. nak cari kotak...!










Kenduri Kahwin..

Salam..

Jumaat 26 hb Febuari... Sepupu aku kahwin..

Layan gambar...

Sebelum bertolak, cam biasa la...posing dulu!..
Tak mekap-mekap sangat pun.. Karang aku pulak yang lagi cantik dari pengantin perempuan.!
Huwargh hahah...



Ini plak pengantinnya..
Yang perempuan ni la sepupu aku, umur 26 dah kahwin! Aku yang kakak ni pun belum kahwin!!.. Kat majlis ni semalam pun ramai yang tanya kenapa aku belum kahwin!!
ADA AKU KISAH??



Hah.. tengok ni.. Nasib baik aku TAK MEKAP!!. Kan? Kan? Kan? Huwargh hahaha..



Ngan anak-anak buah...



Kami yang COMEL dan CUTE!!... Mak + Angah + Rizqan..



FAKTA :

Yang best pasal majlis kahwin ni..

Ada orang puji aku LAWA.. heheh..

Yang tak bestnya pasal majlis kahwin ni..

Orang asyik tanya aku..."BILA NAK KAHWIN?"

Huwarrgh.. SOALAN WAJIB tu!!!

ENCIK PAKWE.. SILA JAWAB!!
--> Eh, bila pulak aku ada pakwe ni??