
Pemerintahan British tidak diterima dengan sepenuhnya oleh orang Melayu. Residen pertama, J.W.W.Birch dibunuh semasa menjalankan tugasnya menguatkuasakan pentadbiran British di Perak. * Inilah permulaan perjuangan ke arah kemerdekaan yang akan dicapai pada tahun 1963.
Penyusunan Semula Selepas Peperangan
Pada 1946, seluruh Malaya ( kecuali Singapura yang menjadi jajahan British yang berasingan ) digabungkan menjadi jajahan British yang digelar Malayan Union. Oleh sebab tentangan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union menjadi kegagalan politik, dan selepas dua tahun diganti dengan Persekutuan Malaya yang longgar perikatannya pada tahun 1948.
Pada tahun 1948, komunis tempatan daripada Parti Komunis Malaya, hampir kesemuanya orang Cina, melancarkan pemberontakan, ini menyebabkan pengenaan darurat di Malaya ( darurat ini dimansuhkan pada tahun 1960 ). Kumpulan pejuang gerila tinggal di pangkalan sepanjang sempadan berceranggah selatan Negara Thai, kadang kala memasuki utara Malaysia. Pejuang-pejuang gerila ini akhirnya menandatangani satu perjanjian pendamaian dengan kerajaan Malaysia pada Disember, 1989.
Sentimen popular kemerdekaan menjadi berkobar-kobar semasa dan selepas peperangan dan Persekutuan Malaya merundingkan kemerdekaan daripada United Kingdom di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, yang menjadi Perdana Menteri pertama. Oleh sebab ini merupakan sebahagian daripada strategi anti-komunis dengan "mengambil hati", maka pihak British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Malaya pada 31 Ogos, 1957. Malaysia tetap sebagai ahli Negara-negara Komanwel dan menjadi tuan rumah kepada sebilangan besar tentara British dan Komanwel sehingga perunduran kuasa British dari timur Suez pada lewat 1960-an.
Malaysia Kini
Persekutuan Malaya yang merdeka bergabung dengan jajahan British di Singapura, Sarawak dan Borneo utara ( dinamakan semula sebagai Sabah ) untuk membentuk Malaysia pada 16 September, 1963.Pembentukan negara menimbulkan kontroversi yang hangat, kedua-dua negara Filipina dan Indonesia membuat tuntutan terhadap bahagian di Malaysia timur.
Pemberontakan dalaman yang menyokong tuntutan tersebut ataupun kemerdekaan untuk daerah tertentu telah ditumpaskan oleh angkatan bersenjata Komanwel dan diikuti oleh tiga tahun keadaan separuh peperangan yang digelar Konfrontasi Indonesia di sempadan Indonesia. Sebagai konsesi terhadap pembantahan yang meluas, Brunei tidak dilibatkan dalam
Persekutuan Malaysia, tetapi tetap di bawah perlindungan tentera British. Amerika Syarikat dengan tegasnya berjanji menyokong pembentukan Malaysia selepas satu perjanjian diplomatik rahsia dengan United Kingdom sebagai balasan sokongan British di Vietnam.
Inpired by: bahasa-malaysia-simple-fun.com

No comments:
Post a Comment