Thursday, January 14, 2010

KISAH AKU DEMAM..

Salam..

Pagi SELASA, rasa semacam je.. tapi, gagahkan diri ke ofis!
Tau tak? Drive 45 minit, dok kat ofis tak sampai satu jam dan drive balik umah pulak!! Tak tahan la aku kat ofis tu.. sejuk giler!! Menggigil giler aku!! Dah la pakai baju OPEL yang nipis giler,walau dah lining, terasa gak kenipisannya!!
(Rugi ko melaram cantik-cantik, pakai tak sampai sejam pun!)

Inform kat bos, minta sign form balik.. Cau cin cau!! Terus aku balik!! Tak tahan punya pasal, tak sampai setengah jam, dah sampai kat rumah! Amek ko,..
Macam F1 je drive!

Makan ubat dan TIDUR sampai ke petang!.. Bila bangun, kepala masih berat lagi... sah aku DEMAM beb!!

Pagi RABU, ke klinik.. dapat MC 2 HARI.. Mak oih, memang demam yang , melampau aku ni... Campur dengan JUMAAT & SABTU.. dah jadi 4 hari setengah aku kena melepak kat umah!!
Hui.. lama tu, kalau cuti biasa kan best? Boleh jugak aku keluar merayau! Ni idak, DEMAM.. mana larat nak keluar...?

Pagi KHAMIS, heheh.. dah ok rupanya! Bagus la ubat dari KLINIK PERDANA tu!! Ok je ni! Dah la servis cepat dari spital gobermen, UBAT pun bagus!! Tak demam dah ni, tapi, tetap tak gi ofis... heheh.. MC kan 2 hari? lepak je la kat umah.. Lagipun, karang kalau aku gi kan, tetiba dok dalam air-cond tu... DEMAM balik ? Sapa susah? Aku jugak kan? Bukan ada orang yang tolong susah pun!!
( My love one pun.. sibuk manjang ni, sampai lupa kat aku yang dok DEMAM ni! )
Lagi satu, Lupakan aje MAJLIS GOTONG-ROYONG AS-SYURA kat ofis tu..
TANPA aku, diorang boleh survive juga...
( Edisi merajuk ke ni..?? )


Apa-apa pun, hari ni aku nak lepak kat umah... SIAPKAN JAHIT MANIK KAT BAJU AKU tu.. BOLEH PAKAI HARI AHAD NI !!!!
Dah siap, aku tunjuk kat korang ye?.. Nak Tengok tak?

Then, esok & lusa... bawa anak saudara jejalan makan angin!!
Hmm... BEST tu! Nak ke mana ye? BEACH? WATERFALL? or... MALL only?? Apa-apalah.. janji aku dah sihat sepenuhnya!!



p/s.. Check la kat entry sebelum ni.. UPDATE BAKAL PEMENANG!!!
Kalau gambar anak korang takde kat situ, maklumkan balik ye.. segala kekurangan amatlah dikesali!!




2 comments:

  1. He3x.. mcm2 ader ekk!
    Alhamdulillah.. dah sihat dah ye..

    ReplyDelete
  2. hi zaza,

    x sihat ye..jgn lupa mkn ubat k..
    pray for ur speedy recovery!:)
    tke care

    ReplyDelete