Monday, January 4, 2010

Saja sembang..

Hari ke empat tahun 2010...

Selepas bercuti.. semua aktiviti berjalan seperti biasa. Hehe.. bole tahan kelam kabutnya.
Jalan raya penuh sesak dengan kenderaan orang ramai... Ada yang nak ke tempat kerja dan tak kurangnya yang nak hantar anak-anak ke sekolah . Pastu, tambah lagi dengan kenderaan peniaga-peniaga yang beroperasi di waktu pagi, lori dan kenderaan awam seperti bas.. Jammed giler la jawabnya. Fenomena biasa di hari-hari awal persekolahan dan akulah antara yang tersepit di dalam kesesakan lalulintas. Percaya tak? Perjalanan ke ofis aku yang biasanya antara 30-45 minit jadi 2.30 jam.. Giler.. Nasib baik dapat bos yang baik dan faham situasi aku! Kalau dapat boss yang senget? Mau juling bijik mata tengok staff dia masuk lewat..

Huh.. yang pasti, aku dah tobat... Next year.. hari pertama persekolahan di awal tahun, pukul 6 pagi confirm aku kena bertolak keluar dari rumah.
Hehe.. Boleh Caya ke ni?

Masih mood tahun baru... Happy New Year, Wish you all... the very best!




2 comments:

  1. wow...ko dh buang mase atas jln raya yg jammed tue..

    ReplyDelete
  2. itu situasi yang biasa berlaku sepanjang tempoh persekolahan.. bukan jalan je jammed, otak pun ikut jammed! heheh:D

    ReplyDelete