Wednesday, September 5, 2012
Wednesday, August 15, 2012
Assalamualaikum..
Lagi 4 Hari nak Raya?
Kita bakal mengucapkan selamat tinggal Ramadhan yg penuh barakah. :'(
moga ditemukan lagi dimasa akan datang..AMIN.
Dikesempatan ini juga kami sekeluarga ingin megucapkan Selamat Hari Raya, MAAF ZAHIR DAN BATIN
~andai kata diri ini terlanjur bicara, tak tersengaja menyakitkan hati, tersalah dan tersilap, harap diampunkan kerana diri ini masih dalam perjalanan membetulkan diri. Sebarkan Salam dan Eratkan Silaturrahim.
Tuesday, August 7, 2012
19 Ramadhan...
Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.. Kesibukan memaksa aku melupakan seketika blog ni...
After kawin, preggy.. n dpt anak... so bizi2.. Nak bersosial pun x sempat..
Rindu kat kawan2 blogger.. so, korang cmner? Puasa ? hehe...
sambung next... Fb jap.. hehe
Sunday, December 18, 2011
persediaan barang untuk sambut kelahiran anak pertama.. :)
~Saya sekarang ni tengah excited survey barang2 baby, maklum lah anak pertama...
Di sini saya nak minta pandangan dan nasihat rakan-rakan tentang barang2 yang perlu dibeli untuk persediaan anak pertama ni.
sudi2kanlan diri tolong saya list barang2 yang penting dan berserta brand nya dan range harga sekali kalau boleh..(tq2.. jasa korang amatlah dihargai.. ^.^)
~sebab banyak sangat brand kat pasaran, saya pun tak tahu yang mana elok dan tahan lama.

Friday, November 4, 2011
zaza in love story morry
Aku ..rindukah korang kwn2 blogger kat aku?.. hehe...
Untuk pengetahuan korang, aku yg cun, jelita dan comey ni sgtlah bizi.. ~membizikan diri aku ngan pelbagai akiviti yg telah memberikan mcm2 kenangan tuk diri aku.. manis dan pahit!...
Pada 18 March yg lepas, aku telah bertunang dengan seorang jejaka yg telah berjaya menawan hatiku... (skrg dh sah jd suamiku n bapa kpd anak dlm perutku..:p)

~ ngan tunang
~ aksi cium tgn bakal mak mertua.. :p
~ bonda tercinta
~ kakak2 tersyg
~half dari keluarga
.
~hehe
Monday, August 22, 2011
I'm Back .. :D

Sunday, December 19, 2010
alos2..

Siri drama.. too famous sekarang.. baik atau tidak?.. positif atau negatif?..
~alos2.. rasanya, lebih pada ke arah negatif.. [pendapatku..]
~huhu.. tak suka sgt2!~
~dah terbukti, ada yg terlampau fanatik pada siri kegemaran hinggakan terbawa-bawa dalam kehidupan seharian..
~huhu..
~fikiran jadi negatif, x menentu!
~tak sukanya bila ada orang di sekitar aku jadi negatif dek terlampau fanatik pada siri kegemaran mereka tu.. ~huhu..~
~alos2..~
~jeng~
aku di sini..

Lama sudah tak berblogging..
~ kekurangan masa plus, xde cerita baru pun.. pabila kebosanan melanda diri.. mulalah cari blog ni balik.! ~Teringat lagi, dulu2, segalanya diluahkan kat blog ni.. kisah suka duka, si zaza.. semua dikongsi kat blog ni.. ~hmm.. skrg, bz sgt dan xsempat nak buat karangan pjg2.. nak blogwalking semestinya take time. so, manjang je bukak FB.. Fb sng, xmcm blog ni, leh jenguk time keje.. hehe..
~ rindu kat kekawan dalam dunia blog ni..
~sihat ke korang semua?.. ~masih ingatkah pada diriku ini?.. Zaza yg kecik.. kiut miut ni?.. [perasan sket.. hehe]
~ maaf ye sbb dh lama x jenguk rumah korang.. hmm. janji, pasni.. akan cuba menjelajah dunia blog ni dan jenguk rumah korang balik.. ~
~till met again.. ~ nk bukak fb jap nim.. hehe~..
Sunday, November 28, 2010
Mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita.
Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Aku x hensem ke?""Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".
Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.
Oh,remaja!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.
Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!
Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.
Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.
oleh Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه pada pada 01hb November 2010 pukul 6.45 ptg
Wednesday, October 27, 2010
BaHagiAKah KiTa?..

"Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia".
Jalan Terbaik.. bersyukur seadanya dengan segala anugerah daripada Allah S.W.T .
P/s: sudahkah korang dapat apa yang korang inginkan? bahagiakah korang?..
Friday, October 8, 2010
Amarah Jiwa..
Susah sangat ke nak faham apa yang aku mahu? Aku ni raja? Oh no no.. aku wanita biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang.. kenapa boleh wujud kurang persefahaman?
Camner nak teruskan hubungan kalau tiada langsung keserasian di jiwa?
Baru aku tahu, Rasa sayang dan cinta rupanya belum cukup untuk memastikan kita bahagia.. Unuk bahagia, kita perlukan keserasian..Dua jiwa tapi, satu hati....
Friday, September 17, 2010
~~ Zaza ~~
Tahun ni, raya sakan saya.. Keluar beramai2 ngan kekawan.. konvoi 3 buah kereta. Best dan hepi sesangat. Ini tahun pertama saya beraya sakan dengan kekawan. Dan mungkin, kali yang last la.. Hik2.. if tahun depan saya dah kawin, dah ber2, takkan nak beronggeng2 ngan kawan plak kan di musim2 raya gitu?..
Raya tahun ni juga, saya telah kehilangan 2 orang kawan yang paling saya sayang..!
Dah kahwin dah diorang...
How lepas ni? Mesti saya boring giler.
Saya dah xde kawan untuk keluar makan2, saya xde kawan untuk sopim2.. Masa diorang untuk saya, pasti dah berkurangan... Huhuu..
Sorang tu, kawan saya sejak zaman sekolah rendah lagi dan sorang lagi, seorang kawan yang senantiasa bersama saya sepanjang tempoh hampir 7 tahun perkenalan.
Sedihnya amat terasa bila saatnya saya terpaksa menyerahkan mereka kepada orang lain..
Saya amat merasakan suatu kehilangan yang besar. huk2..
Apa2pun, saya bukan jenis pentingkan diri, saya doakan yang terbaik untuk diorang, semoga mereka bahagia...
Dan saya juga sentiasa berdoa, dalam waktu terdekat, saya dijodohkan dengan jejaka pilihan saya. Semoga dia adalah yang terbaik untuk saya, agama saya, untuk masa depan saya.. amin.
Hmm.. dah2.. Merepek plak.. he2~~
Korang plak amacam? Raya tahun ni? Meriah tak? ..
Wednesday, September 8, 2010
Wednesday, August 18, 2010
SaLaM RaMadHan..
Alhamdullillah.. semuanya berjalan dengan lancar. Takde gastrik2 or sakit demam..
Cukup bersyukur dengan limpah rahmat dari Allah S.W.T ini.
Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.. Insyaallah.
Marilah kita semua berdoa agar panjang umur dan dapat menjalani ibadah puasa pada tahun depan dan tahun2 yang mendatang.. Insyaallah.
Selamat berpuasa untuk semua..
Rindulah kat u'all.. hak2.. weee~~~
Friday, August 6, 2010
wawawa....
Esok nak ke rumah bakal mak mertua!.. Tapi, malam tadi ada kes ngan anak dia.. huk2..
Camner ni wei? Takkan nak bermasam muka depan orang tua dia plak?
Wawawa... Hati gundah ni...
Monday, July 26, 2010
Aku bahagia..
Friday, July 16, 2010
Pretty Zaza...
Wawawa.. tetiba je aku rindu kat blog ni..
Dah lama tak berhadpet, tak jengok blog kekawan...
Hmm...
Rindu sesangat...!
Last year, blog ni la tempat aku meluahkan segala-galanya... tentang hati, tentang kekawan, tentang tempat kerja, tentang anasir-anasir jahat yang berlegar di sekelilingku...
Pendek kata, segala-galanya kuluahkan kat dalam blog nih..
(Skrg dah xde, semua post tu dh ku delete.. )
Tahun ni, aku terlampau sibuk... sibuk bekerja.. bekursus.... belajar dan segala macam sibuk la!
(sibuk yang ntah apa-apa ntah..)
Dalam sibuk-sibuk tu, sempat juga berFB..
Kerja aku kan boleh kata manjang je ngadap PC? Sempat la gak berFB.. (curi-curi time takde mata fokus kat aku.. hehe..)
Ringkas cerita.....
Aku akan kembali berkongsi-kongsi ngan kekawan aku kat blog ni...
;-)
Saturday, June 26, 2010
ZoDiAk...
Cancer
Jun 26, 2010
If you exercise an artistic profession, you'll get a beautiful success. You'll perhaps have to make a selection within the circle of your friends although this does not please you at all. In your family, warm climate and better understanding, and proofs of affection. Your judgment in sentimental matters will be shrouded. Whether it's love or friendship, you'll be strongly inclined to flare up without discernment. This could make you suffer many disappointments. But you can thoroughly exploit your creative talents. It will be a good means to canalize your skin-deep sensitiveness in a positive manner.
Friday, June 25, 2010
25 Jun ... Dah tua rupanya aku...
Tarikh keramat... hari kelahiran aku ke bumi indah ciptaan Allah S.W.T ini. Hari ni, Genap 29 tahun usia aku...
Uhuhu.... dah tua aku rupanya.. Cam tak sedar diri je sebelum ni!...
Start 12.00 am masuk 25 Jun... berpusu-pusu sms ucap selamat dari kenalan rapat aku..
Huhu, terharu sekali... Ada yang dah lama tak kontek pun, tetiba kontek ucap selamat..
Sungguh bahagia rasanya...
Tak celebrate pun... Kena kerja, ada program kat opis!.. Maybe esok, makan besar ngan family aku..
Tapi, tadi, Lepas Solat Jumaat, jumpa special frens, makan2 jap...
Hehe.. Chaos.
"Hepi Berday To Me.."...











