Monday, August 24, 2009

~MAJLIS PENGURNIAAN DIRAJA~ PART 2



INI HARI MAJLIS... 19 OGOS 2009


MEMANG KELAM KABUT... PAGI KENA GI AMBIL BUNGA KAT KEDAI... KOL 9.30 BARU SAMPAI KAT OFIS.. PASTU TERUS KE RUMAH KETUA JAJAHAN....
MAJLIS KAT DEWAN DAH START.. ACARA SAMPINGAN SEBELUM TENGKU AMALIN BERANGKAT!!

KITORANG PETUGAS KAT RUMAH KETUA JAJAHAN MEMANG MAINTAIN LE..
CHECK APA-APA YANG PATUT SUPAYA TIDAK BERLAKU APA-APA KESILAPAN SEMASA SEMUA VVIP DATANG...

KAT SINI, ADALAH TEMPAT UNTUK TENGKU AMALIN BEREHAT DAN BERSANTAP BERSAMA SEMUA VVIP!!!

KOL 10.30 KITORANG KE DEWAN... SEBAGAI PENYAMBUT TENGKU AMALIN.. BERPELUH LA JUGAK SEBAB KENA BERATUR KAT TENGAH PANAS!!

MAJLIS BERMULA SECARA RASMI DAN TAMAT PADA JAM 1.30 TGH...

KAMI DIMAKLUMKAN BAHAWA TENGKU AMALIN TIDAK AKAN BERANGKAT KE RUMAH KETUA JAJAHAN...

FRUST JUGAK SEBAB KITORANG DAH BERPENAT-LELAH DALAM MENYEMPURNAKAN SEGALA URUSAN PERSIAPAN..

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM ....












P/S: CANTIK SANGAT TENGKU NI BILA TENGOK DARI DEKAT...



NI PULAK.. GAMBAR-GAMBAR KITORANG... HE..HE.. SAMA CANTIK CAM PUTERI KAMI TU LE...


Add ImageAdd Image


BEST... AKHIRNYA KAMI DAPAT LUNCH.. ACTUALLY, HAMPIR PUKUL 3.00 !!!!

THEN.. KITORANG KEMAS-KEMAS SKET DAN BALIK OFIS!!!

LEGA.. SEMUA DAH SELESAI!!!


HARI NI DALAM SEJARAH...

BAJU YANG AKU PAKAI KAT ATAS TU.. SEBIJIK SAMA NGAN STAFF VETEREN KAT OFIS AKU!! SAKIT HATI BETUL!!! BAJU BARU AKU TU!!!
WALAUPUN KAIN TAK SAMA SEBAB AKU PUNYA KAIN CHIFFON YANG NIPIS DAN KENA LINING.. DIA PUNYA KAIN SATIN TEBAL, PATTERN TETAP SAMA!! YANG LAGI BENCINYA.. KALER PUN SAMA!!!
GERAM TUL!! KORANG PERNAH TAK TERKENA SITUASI CAM AKU NI...?




Sunday, August 23, 2009

MAJLIS PENGURNIAAN DIRAJA-PART 1

MAJLIS NI ADALAH PADA 19 OGOS 2009..
DAH BERMINGGU KAMI SELURUH WARGA PTJM BERTUNGKUS-LUMUS MEMBUAT PERSIAPAN...

AKU DITUGASKAN DI RUMAH KETUA JAJAHAN..
HARI PERTAMA, AKU, TG WAJIHAH, GEE DAN KAKZAH SAJA YANG KE LOKASI..KEMAS APA-APA YANG PATUT..KISAH LUCU TERJADI DI SINI... KAMI DIKEJUTKAN DENGAN KEHADIRAN 2 EKOR ANAK TIKUS... PUNYA LA GELI.. SI TIKUS TU PULAK... PANDAI PLAK!! MUNCUL DI WAKTU KAMI TENGAH PANIK NAK BUAT PERSIAPAN.. SEPETANG DIHABISKAN DENGAN ADEGAN KEJAR-MENGEJAR TIKUS-TIKUS TU...
AKHIRNYA, SEEKOR BERJAYA MELARIKAN DIRI KE LUAR RUMAH DAN SEEKOR LAGI DIPUKUL SAMPAT MATI OLEH PENJAGA RUMAH!! LEGA!! BAYANGKAN KALAU MASA VVIP BERKUNJUNG.. TIBA-TIBA KELUAR TIKUS-TIKUS NI MENARI-NARI DI DEPAN MEREKA..??? MATI KAMI!!!


ANTARA GELAGAT KAMI MASA KEJAR TIKUS.. HE..HE.. SEBENARNYA, BANYAK LARI DAN LOMPAT DARI KEJAR!!





Ganjaran Puasa Ramadhan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah AzzaWajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

Riwayat Bukhari & Muslim



Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.
iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.
iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.


" SELAMAT BERPUASA"

~KEMBALI PADAKU~

CEH... semacam je bunyi tajuk kat atas tu...
he..he.. apa yang kembali tu..? Sebenarnya, hari ni aku dapat kembali laptop aku setelah hampir dua minggu dipinjamkan kepada angah aku..
Huh.. semalam,(Sabtu) punyalah hampa bila angah sekeluarga balik umah dan tau tak...? Tanpa laptop yang kurindui...!! Tertinggal kat umah dia!! Tengok je muka aku yang hampa,.. terus dia say "Sori la... lupa!!, Esok abang gi hantar kat ofis!!"
hari ni.. abang ipar datang ke ofis dengan uniform kerja dia dan anak-anak buah dia sekali..!! Kesian plak dia.. dah kena tunggu selama hampir lima belas minit kat parking.. He..he.. sori le.. tengah sibuk, tak sempat tengok handphone!! Tengok-tengok..Ada 5 miscall!!

Setelah hampir dua minggu tidur awal sebab takde aktiviti.. kini waktu malamku akan kembali cerah ... He..he.. bestnya.. bestnya.. best kan..???

Friday, August 14, 2009

~bosan~

hari ni.. satu hari kat umah..
searching internet je!! habis panas laptop ni..nasib tak meletup!!
memang dah bosan tahap maksimum.., sebab takde orang kat umah minggu ni!! angah gi kursus, along kat umah dia!!
Nak keluar, malas la pulak..
esok... nak bawa ma ke hospital.. then, tengok le camner!!
kalau rasa nak jalan.. ingat nak gi jengok Rizqan.. Kesian kena tinggal kat ayah dia je!!

~SEJARAH KEMERDEKAAN~.. MaLay




Pemerintahan British tidak diterima dengan sepenuhnya oleh orang Melayu. Residen pertama, J.W.W.Birch dibunuh semasa menjalankan tugasnya menguatkuasakan pentadbiran British di Perak. * Inilah permulaan perjuangan ke arah kemerdekaan yang akan dicapai pada tahun 1963.

Penyusunan Semula Selepas Peperangan


Pada 1946, seluruh Malaya ( kecuali Singapura yang menjadi jajahan British yang berasingan ) digabungkan menjadi jajahan British yang digelar Malayan Union. Oleh sebab tentangan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union menjadi kegagalan politik, dan selepas dua tahun diganti dengan Persekutuan Malaya yang longgar perikatannya pada tahun 1948.


Pada tahun 1948, komunis tempatan daripada Parti Komunis Malaya, hampir kesemuanya orang Cina, melancarkan pemberontakan, ini menyebabkan pengenaan darurat di Malaya ( darurat ini dimansuhkan pada tahun 1960 ). Kumpulan pejuang gerila tinggal di pangkalan sepanjang sempadan berceranggah selatan Negara Thai, kadang kala memasuki utara Malaysia. Pejuang-pejuang gerila ini akhirnya menandatangani satu perjanjian pendamaian dengan kerajaan Malaysia pada Disember, 1989.


Sentimen popular kemerdekaan menjadi berkobar-kobar semasa dan selepas peperangan dan Persekutuan Malaya merundingkan kemerdekaan daripada United Kingdom di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, yang menjadi Perdana Menteri pertama. Oleh sebab ini merupakan sebahagian daripada strategi anti-komunis dengan "mengambil hati", maka pihak British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Malaya pada 31 Ogos, 1957. Malaysia tetap sebagai ahli Negara-negara Komanwel dan menjadi tuan rumah kepada sebilangan besar tentara British dan Komanwel sehingga perunduran kuasa British dari timur Suez pada lewat 1960-an.

Malaysia Kini

Persekutuan Malaya yang merdeka bergabung dengan jajahan British di Singapura, Sarawak dan Borneo utara ( dinamakan semula sebagai Sabah ) untuk membentuk Malaysia pada 16 September, 1963.Pembentukan negara menimbulkan kontroversi yang hangat, kedua-dua negara Filipina dan Indonesia membuat tuntutan terhadap bahagian di Malaysia timur.


Pemberontakan dalaman yang menyokong tuntutan tersebut ataupun kemerdekaan untuk daerah tertentu telah ditumpaskan oleh angkatan bersenjata Komanwel dan diikuti oleh tiga tahun keadaan separuh peperangan yang digelar Konfrontasi Indonesia di sempadan Indonesia. Sebagai konsesi terhadap pembantahan yang meluas, Brunei tidak dilibatkan dalam

Persekutuan Malaysia, tetapi tetap di bawah perlindungan tentera British. Amerika Syarikat dengan tegasnya berjanji menyokong pembentukan Malaysia selepas satu perjanjian diplomatik rahsia dengan United Kingdom sebagai balasan sokongan British di Vietnam.



~SEJARAH KEMERDEKAAN~..eNGLISh

I
" Sejarah Kemerdekaan Malaysia" was the annual replay of Tunku Abdul Rahman's proclamation of " Merdeka" on TV.

I was not conceived when Malaya became an independent nation on 31 August 1957 and subsequently Malaysia on 16 September, 1963. So it is a remote past that I cannot relate to but obliged to study as a history subject in school...(yawn)




31-8-1957, Tunku Abdul Rahman announced independence of Malaya from British at the Stadium Merdeka


LEFTISTS ROLE IN INDEPENDENCE?


It is such press reports that arouse my curiosity to look at the overall story of sejarah kemerdekaan Malaysia when politicians debate that individuals branded as leftists also contributed to Malaysia's independence
The Early Voices in Sejarah Kemerdekaan Malaysia

So I read several references and trace the seeds of independence back in 1906 to moslem reformists, wishing to end colonial rule to establish an Islamic state, began publishing magazines and newspapers to promote their cause. They also formed political parties such as:

1. The first Malay political party, Kesatuan Melayu Muda in 1937 led by Ibrahim Haji Yaakob. Japanese occupation ended it.

2.Parti Kebangsaan Melayu Malaya after the war in 1945 backed by the Malayan Communist Party with Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin al-Helmi( who later also led PAS, the Islamic Party of Malaysia in 1956 ) and Ahmad Boestamam as key figures. The British banned it 5 months later.

3.Hizbul Muslimin led by Uztaz Abdul Bakar al-Baqir in 1948, was a faction of PKMM above. The British banned it in the same year.
These folks are pioneers of kemerdekaan in terms of time chronology but their political parties did not last long. Now, how about their associate the...
COMMUNISTS? - A Chapter of Bloodshed in Sejarah Kemerdekaan Malaysia
Their political ideology is the opposite of the capitalist British. However, they were useful allies during Japanese occupation, forming the most effective resistance force against the Japanese in Asia. The British supplied them arms and training and legalised their political party, Malayan Communist Party after the war.
The communists, mostly Chinese, also wanted independence for Malaya...in favour of a communist state, meaning equal rights for all races ( naturally ). So it was no surprise things turned sour when the Federation of Malaya established in 1948, which guarantees the special rights of Malays turned the communists to 12 years violent opposition, causing death of thousands. No wonder the government called them " pengganas komunis"!
Even after communist threat was declared over in 1960, it was only until 1989 they signed a peace treaty with the governments of Malaysia and Thailand to end their war of 'independence'.
BIRDS OF THE SAME FEATHER FLOCK TOGETHER
The moslem reformists disagreed with the British policies and having communist ties certainly did not endear themselves to the British.
Then entered Cambridge educated anglophile Tunku Abdul Rahman into a political arena at a time when the British were seeking to hand over Malaya into hands of prospective leaders who would continue to be on friendly terms with them. Aha!
Apart from winning landslide victories in polling booths, Tunku Abdul Rahman with his Chinese and Indian political allies managed to reach a settlement on issues pertaining to economy, education and citizenship while the Malays retain their special rights to rule Malaya.
That paved way for Malaya ( West Malaysia today ) to become independent on 31 August 1957 amidst communist threat.
Birth of a New Nation
In 1961 Tunku proposed the formation of Malaysia with British colonies Singapore, Sabah, Sarawak and Brunei. Initially all the four colonies agreed to join the federation. Brunei then pulled out due to an armed revolt staged to oppose its entry to Malaysia. Singapore was part of the newly formed Malaysia in 1963 but withdrew in 1965.
this is briefly, sejarah kemerdekaan Malaysia and the rise of Bahasa Melayu as its national language which becomes Bahasa Malaysia as introduced by the National Language Act 1967 and reverted to Bahasa Melayu since 1990's. ( If that gives you a little headache, let me apologize...for the Merdeka spirit )

In the first place, why did Malaysia need kemerdekaan? I think it's time to look at Malaysia in the big picture of world history. I find this excerpt from The Columbia History of the World on the influence of Western civilization on the world most enlightening:
" After Columbus and Cortes had awakened the people of Western Europe to the possibilities, their appetite for converts, profits, and fame was thoroughly aroused and Western civilization was introduced, mainly by force, over nearly all the globe. Equipped with an unappeasable urge to expand and with superior weapons, conquerors made the rest of the world into an unwilling appendage of the Great European powers...The peoples of these continents [ Africa, Asia, and the Americas] were, in short, the victims of a ruthless, unrelenting exploitation."


The Lesson
Says Malay proverb:" Kalau baik buat teladan, kalau tak baik buat sempadan." In the context of history: Make the good portions your role model and if not good, discard them ( to make barriers ).


Inspired by..bahasa-malaysia-simple-fun.com














DANA RAYA

SALAM..


SESIAPA NAK CARI DUIT UNTUK BELANJA SEMPENA RAYA NI.. TRY LE!!


KLIK KAT Dana NI..


NI AKU AMEK KAT NOTES ENA DAN LETAK KAT BLOG AKU NI..


TRY LE KORANG.. MANA TAU BETUL JADI..
KALAU TAK JADI PUN.. RUGI RM5 JE..!!! KIH KIH!!



~FaCiaL ~

Last Saturday,

Aku teman along ke saloon pasal dia nak buat facial sebab muka dia dah teruk sangat ..kesan selalu sangat kena matahari!!

Ni suasana kat bilik facial...



Saloon ni sebenarnya,milik kawan aku (Linny) dan kakak dia (Jenny)! Kira boleh dapat murah la kalau aku yang bawa along aku!!
Nak tau, aku sendiri pun tak pernah buat facial kat kedai kawan aku ni.. sebab, kulit muka aku boleh kira dah ok.. kalau buat,membazir duit je kan?.!!

Tapi, selalu gak gi buat treatment rambut sebab rambut aku panjang, kena la bela kat saloon..
kalau tak, rosak le!! Rambut kan mahkota perempuan.. kena la nampak cantik walaupun pakai tudung!! Betul tak? Lagipun, murah pasal buat kat kedai kawan!!

Ni senarai harga facial kat kedai dia....



Along ambil pakej ultrasonic.. lepas diskaun, Linny bagi harga, Rm 130.00 saja..

Kena tunggu dua jam kalau buat pakej ni sebab ada pakai mesin.. kena pakai mask.. kena buang jerawat.. steam,massage and so on....Dalam menunggu tu, aku baca buku untuk exam hari Selasa nanti dan sempat la jadi jurugambar...

Ni le kawan aku.. Linny!! Dia bahagian buat facial.. kalau nak buat rambut, kakak dia Jenny yang buatkan!!

Mula-mula, urut kat seluruh muka dulu!!!


Pastu, pakai mesin ultrasonic..



Then,buang jerawat yang baru tumbuh.. yang parut tu.. tak boleh hilang sekelip mata dan kena selalu datang buat treatment!!


Then, pakai masker....



Lepas tu.. buat ngan mesin ultrasonic sekali lagi,steam dan urut.. pastu, Siap!!!


Ingatkan dah boleh balik.. siap pergi buat treatment rambut la pulak along aku ni!!

Dari kena tunggu sejam lagi.. aku pun buat le facial gak.. standard pakej je...!! Saja nak isi masa!! He..he.. mesti le tokey besar yang bayar!!!

Kih kih.. cam tak..? ni le aku yang tengah pakai masker.. proses lain... malas nak upload gambar...!!














Ni le muka aku keesokkan harinya selepas buat facial.. tak mekap ni,pakai Lip Gloss je.. Cantik kan..? Ha..ha.. Perasan plak!! Cam Biasa je...Tak nampak beza pun...







P/S:

- Along aku tak tau pasal aku upload gambar-gambar dia kat blog ni!! Rahsia!!

- Kalu tau, mesti marah!!














































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Sunday, August 9, 2009

JaNgan PuTus Asa...


Never ever give up, jangan mudah putus asa. Kata-kata ini perlu anda pegang.

Jangan mudah putus asa sayang, banyak yang kita akan rugi.

Di dalam hidup, rintangan, ujian dan halangan adalah lumrah. Tidak kisah apa usaha anda, jangan sesekali putus asa. Walau apa pun yang mendatang kepada anda, hadapi ia dengan cekal dan tabah. Lama kelamaan, hati anda akan teguh dan kuat di dalam mengharungi hidup ini.

Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut. Positif kan minda anda, kegagalan itu sebernarnya permulaan kejayaan anda.

Bersabar dan Bersikap positif dan tidak negatif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Jadi buat apa kita nak putus asa, mari kita setkan minda kita hari ini yang tiada istilah putus asa dalam diri kita. Ayuh semua kejayaan sedang menanti kita di hadapan. Mari berfikir cara yang lain dan capaikan matlamat anda.

Saya pergi dulu, anda lambat anda akan tertinggal nanti. Mulakan langkah anda ya.

Wasalam.


Inspired by.. Mohd Rizal Atan, KPMB 1999-2002





Yang ni...

Award yang acik Lizz dapat dari adik Iman... anak mama Imah!!
He..he.. tq ye adik Iman!! Acik baru je ternampak.. tu yang lambat le sket bagi respon!!!

10 Hobi?...

1) Dengar lagu
2) Tengok drama bersiri Korea dan Mandarin
3) Main ngan anak sedara
4) Lepak
5) Tidur
6) Makan
7) Bercerita kat fb or blog
8) Baca novel
9) Tengok National Geographic
10) Tengok kartun Doraemon

Adik Iman jangan tiru sangat tau..? Semua tu.. hobi yang tak patut dicontohi!!! He..he..


Em.. tak tau nak bagi award ni kat siapa lagi.. sebab semua kekawan acik, dah pun adik Iman bagi..

So.. Tak payah le ye..

Thanks Again..




~OpeRasi~

he..he.. oleh kerana kat umah sibuk ngan anak sedara,tak sempat nak buat entry ni.. jadi aku curi masa kat ofis ni.. ha..ha.. jgn marah, 15 minit je la!!

nie citer petang hari Jumaat! alang-alang dah tak boleh nak fokus untuk baca buku... aku join kakak-kakak aku dan mak aku ke shopping mall...and also.. si kecil, Rizqan!!

Bila angah aku ajak g KbMall nak cari sandal baru ... aku on jea sebab tetiba teringat masa aku baca entry Ena hari tu pasal Kilang BATA, tergoda aku nak beli sandal baru...
ha..ha... lagipun, sandal yang biasa aku pakai tu dah hampir haus tapak dia..kena cari yang baru sebelum ianya "nazak" kat tengah jalan dan menyebabkan aku tersungkur depan orang ramai!!!



Sebelum mula operasi serang KbMall, kena isi angin tayar keta dulu...








Bertolak....






then,isi perut askar-askar...










Pastu.. operasi bermula....
!!

Kitorang berpecah kat floor yang jual kasut tu, masing-masing pergi cari sendiri punya..
dan.. bertemu kat satu port, and tunjuk pilihan hati masing-masing... maklum ler.. kena ambil kira pendapat sume askar,baru operasi ni complete!!!


Along punya choice.....





Polo - Rm69.90





Angah punya choice.....






Carlo Rino @ CR2 - Rm 79.90





Aku punya choice.....





Sentini - Rm 69.90





After that.. kitorang ke homemart.. beli barang-barang dapur ...

Tak banyak yang dibeli.. sebab kena balik rumah sebelum Maghrib,memang tradisi keluarga aku, kalau keluar rumah, mesti kena balik rumah sebelum Maghrib.. Lain citer pula kalau dah keluar rumah selepas Maghrib!!!!

Lagipun.

Tengok ni... Rizqan dah nampak cam boring je sebab lama sangat kena tunggu!



So... Operasi kitorang pada petang hari Jumaat ni berjaya dengan masing-masing dapat sepasang kasut.. termasuk mak aku!!

He..he...nanti nak cerita pasal aku teman Along aku pergi buat facial kat Beauty Saloon kawan aku...