Thursday, January 28, 2010

TSUNAMI KEBOSANAN..









YUHUU....

Mari kita layan gambar orang yang tengah bosan ni!! Heheh.. Amacam? Comel tak..?
(Wajah yang tak cukup tidur sebab gastrik..! Mata cam PANDA)
Pakai batik hijau, yang menjolok mata ..
(HIJAU BERDO'OH, kata orang KELANTAN.)

Heheh.. Hari ni. dek TSUNAMI kebosanan yang melanda hidup aku ni, aku buat Keja gile, Amek gambar sendiri.. pastu, upload kat blog!

Keja bijaknya pulak.. dah agak aku akan boring, so..aku bawa segala peralatan untuk blogwalking!! HAHAHA.. Curik tulang sekali-sekala, tak salah kan?


ZODIAK CANCER yang kebosanan untuk hari ni..


This astral climate will support you by helping you to multiply contacts, to meet people susceptible to get interested in your ideas and projects. Also, there'll be love, complicity, tenderness, marvelous understanding with the one whom you love or are going to meet. You may have a capricious appetite, which will be totally tributary of your emotions and moods; well, nothing is more detrimental to health than an anarchical diet; you must adhere to a minimum of discipline so as to preserve your balance.

Kekawan,

Kekadang.. boleh gak caya benda ni.. tengok?!! Banyak persamaan dengan apa yang terjadi kat aku hari ni! Yang aku HIGHLIGHT kaler MERAH DAN PURPLE tu.. SAMA LA!!


Kalau berminat.. korang KLIK kat sidebar blog aku tu.. Mungkin kekadang SAMA ngan kehidupan harian korang?? TRY LA KLIK!!


Nota kaki: Aku tengah rindukan seseorang ni.. Tapi, tak bole luahkan... Camner r nak hilangkan rasa rindu ni?!


Wednesday, January 27, 2010

KHAMIS YANG MEMBOSANKAN..


Khamis lagi.
..!!

Bosan! Bosan! dan Bosan sejuta kali? Tau tak kenapa aku akan bosan bila tiba saja hari Khamis?

Gini ceritanya... Pada setiap hari KHAMIS, budak praktikal Opis aku yang namanya EMMA tu akan cuti , naik bas ke ARAU sebab dia kena hantar tugasan U dia..
(Rules UITM, setiap tugasan kena hantar on FRIDAY..)

Means, keseoranganlah aku kat opis tu..
Kalau tiket bas takde cam hari tu masa dia nak balik , bertambah la cuti dia dan berganda la kebosanan aku!!

Huhu.. Bosannya! Breakfast sorang (tapau je on d way ke opis) LUNCH? Puasa la kot! Bukan takde orang ajak keluar, berduyun!! Tapi, tak naklah... Karang ada jugak yang JELES dan ada jugak yang GATAL-GATAL nak GOSSIPKAN aku yang SUCI MURNI ni...


NEXT WEEK AKU KURSUS PULAK.. HEHEH..
SEMINGGU EMMA AKAN KESEORANGAN KAT OPIS TU !


Best! Best! Best! Baru dia tau apa itu BOSAN!!
Hahah.. suka sangat gelakkan aku!!.. YESSA!!



Yuhuu.. aku kursus kat INTAN ni!! Ada sesiapa tinggal berdekatan? Bolehlah datang jenguk aku.. Yang sesungguhnya akan boring kerana terkurung kat situ selama 4 hari.







Sunday, January 24, 2010

CHECK THIS OUT..

SALAM.. ZAZA NAK GI KURSUS 1-5 FEB NI..

SEGALA AKIVITI KAT DUNIA BLOGGER NI, MUNGKIN AKAN TERGENDALA SEBENTAR PADA TARIKH TU!!

BUT,.. PADA 6 FEB, ZAZA AKAN UPLOAD SEMULA SEMUA CALON.. NANTI, KORANG CHECK BALIK YE.. ADAKAH GAMBAR ANAK2 KORANG DAH TERTEPEK KAT ENTRY TU! KALAU BELUM, KENA MAKLUMKAN HARI ITU JUGA!

SEBAB, 7 FEB, AKAN DIUMUMKAN TOP 10.. SO, ON 6 FEB TU, MESTI CHECK BETUL2..


JANGAN LUPA, SEMUA TERMA DAN SYARAT.. RUGI JE KALAU KORANG TAK MENANG DISEBABKAN TAK CUKUP SYARAT MASA DAH TERCALON KAT TOP 10 TU!!




Saturday, January 23, 2010

Weekend ..


Semalam.. JUMAAT, stay satu hari kat umah.. jengok2 blog kekawan..
Masa blogwalking tu, ternampak entry sorang akak.. pasal dia bawa anak yang demam pegi makan PIZZA... alahai.. terliur la pulak bila tengok MUSHROOM SOUP dia tu!!

Hari ni, terus ajak mak aku ke PIZZA HUT , area bandar...
( Taknak masuk MALL, sebab orang ramai time SABTU camni!)

Yang kitorang makan...



Spaggethi tempura aku punya... Biasa2 je.. Tak sedap sangat pun!




TROPICA PIZZA MAK AKU PUNYA.. Katanya, memang sedap!!!
(AKU TAK MAKAN PIZZA, TAK SUKA!!)





Haa.. yang ni favourite aku... MUSHROOM SOUP!! Suka sesangat makan benda alah ni!!



Roti bawang.. cicah ngan soup tu.. OK LA GAK!!



Memang salute ngan servis kat sini... SEBELAH PKINK, mesra alam.. dan staffnya, sume cantik2!! Tak macam kat sesetengah RESTORAN..! Dah la muka tak lawa, perangainya pulak? YA RABBI, SOMBONG BANGAT!!







Friday, January 22, 2010

ZAZA NAK KAHWEN?

Aha... , kebelakangan ni, sibuk sangat ngan keja opis.. tak sempat nak review contest aku tu.. hik hik.. bila buka je N3 contest tu.. berduyun dah nampaknya link yang ditinggalkan kat ruangan komen tu.. sukanya tengok ramai kanak-kanak comel cam gitu!!
Teringin pulak nak ada anak cam mereka tu.. (haha.. Kahwin pun idaknya lagi!!)

Tahun ni, dah nak masuk 29 ni!! Cam rugi je kahwin lambat ni.. tapi, apa boleh buat.. JODOH tak kesampaian lagi!!

Nak tau sebab-sebab kelewatan aku kahwen?

1) Susah nak pilih, ramai sangat!!.. (haha.. ye ke?)
2) Takut nak ke alam baru.. nanti kena tinggalkan rumah ibubapa aku
(Home sick la konon-kononnya!)
3) Pakwe tak hensem..(huhu, nanti anak2 ku jadi tak lawa!!)
4) Nak enjoy dulu , dah puas.. Kahwen! (Baru la boleh fokus kan?)
5) Nak fokus kat anak-anak saudara dulu.. (Kalau dah ada anak sendiri... mana boleh fokus kat diorg lagi kan? kan? kan?..)
6) Aku.... aku.. aku LESBIAN? ..( YA ALLAH, mintak dijauhkan!!!)
7) Saja kumpul duit.. (hik hik, takde duit, mana kenduri boleh jalan.. ? Taknak susahkan ibu bapa aku...)
8) Awal lagi ni.. ada orang kahwen bila umur dah nak masuk 40 tahun tu,.. tak heran pun?
9) Hmm.. apa lagi ha?


Haha....

Jangan korang caya sangat kat sume FAKTA di atas tu...! ALASAN semuanya tu..
Yang sebetul dan sebetul-betulnya,.. BELUM SAMPAI JODOH AKU!! Sapa tak nak kahwen oiiiii?

BEFORE 30.. INSYAALLAH AKU KAHWEN.. (Doa-doakan untuk aku ye? )

MEANS... NEXT YEAR LA TU!! KORANG TUNGGU KAD KAHWEN DARI AKU YE..

Nak tengok, sume follower blog aku datang memeriahkan MAJLIS KAHWEN aku tu!!

BARU LA BEST + GEMPAK!!

DATANG YE!!? DATANG LA..


SPECIAL NOTE :

KEPADA MY SAYANG.. KENA SABAR.. ! NEXT YEAR KITA KAHWEN YE..? HAHAHA..


Monday, January 18, 2010

PRETTY ZAZA BABY FACE GIVEAWAY

Salam...

KHAS UNTUK SEMUA YANG JOIN PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST...


Korang berminat nak dapat sepasang BROOCH yang cantik camni ?
(GAMBAR TAK CLEAR, TAPI STILL TERSERLAH AYUNYA...)





Bentuk Kumbang.. saiz IBU dan ANAK!! Pelbagai warna menarik!...


SEMUANYA DI HUJUNG JARI ANDA!!!


Lengkapkan ayat ini :



SEKIRANYA SAYA (ANAK SAYA, ANAK SAUDARA SAYA,CUCU SAYA......) MENANG DALAM PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST, HADIAH YANG SAYA IDAMKAN IALAH................................ KERANA..............................


TAKYAH WAT N3 KAT BLOG KORANG..
JAWAB JE DI RUANGAN KOMEN KAT SINI!!!!


Senang je kan?



Ada 3 pasang BROOCH kumbang yang akan ku beri kepada siapa yang dapat memberi IDEA best tentang HADIAH tu!!
( TAK KIRA LA SAMADA KORANG MENANG ATAU TIDAK!!! )...
HEHEH.. HADIAH yang direquest tu mesilah related ngan BABY FACE CONTEST ni!! Jangan pulak bagi IDEA bebukan!!








Award from Zura (Merry Go round)


AWARD dari Zura sempena tahun pertama dia kat Blogger World...

THANKS DEAR..



Edisi Weekend..

Sabtu..
Keluar ngan kekawan.. (BARU JE KEBAH DEMAM NI.. TERUS KELUAR!!)


Pukul sepuluh pagi dah terpacak depan umah aku budak tu!! Awal giler, tudung pun aku tak iron lagi ni!.. Janji nak datang amek kol 11 pg.. hah.. melangok la ko kat situ tunggu aku dress up..
Hahah.

Punya la semangat kawan aku time parking keta.. heheh, kunci stereng lagi tu!!
Cuba korang tengok hasil kreatif dia.. haha.. Parking tak center pun!!! Nak putus urat aku gelak kat dia hari tu!! Sorry NORLIE.. Jangan Mare!! Bakal pengantin mana bole stress, nanti tak cantik time sanding! Hahaha..


NORLIE...





Mula-mula..

Ziarah kawan-kawan kat tempat keja lama kitorang.. (Aku dan norlie)







Pastu, makan-makan dan jejalan kat MALL.


BANU... Pilih punya pilih, tak beli pun!! Lawak je!!



Add Image



Jangan tak caya, kol 3.30 sampai kat umah... lepas siap aku sembahyang ZOHOR, kakak aku ajak shopping barang-barang anak dia.. Keluar ke MALL yang sama jugak.. haha..
Gambar kat Entry Pasni..






Sunday, January 17, 2010

AKU DAH PENAT WALAU BELUM TENAT!!



Penat sangat hari ni!! Ingat malas nak buat n3.. tapi, ntah nape, tangan ni, nak jugak sambar laptop ni!!

Hari ni, sibuk seharian kat opis... Yelah, selepas mc 2 hari, cuti 3 hari.. Gini la jadinya!! Tambah lagi, Emma praktikal tu takde!! Jadi cam beruk la aku.. ke hulu ke hilir hantar tugasan!!

Breakfastnya idak, lunch tak lalu makan pulak tu, mau pengsan kalu hari-hari gini jadinya !!! Merana la perut aku malam ni... Dah tau ada gastrik, makan tak menentu!! Huhu!! Sabar je la.. !!

Tapi, pernah tak korang terasa... bahawasanya, kalau penat tubuh badan, takde le separah penat kat dalam hati kan? Kalau badan tu penat, lepas rehat.. hilang la penat tu.!! Tapi, kalau penat dan lemah rasa kat dalam lubuk hati tu, bukannya senang nak hilang!! Segala-galanya akan mempengaruhi kehidupan seharian kita, tak kira dari segi pemikiran atau apapun...?


Ni la yang sedang aku rasa sekarang......


AKU PENAT!!! PENAT!!! PENAT!!!
SHOULD I LET GO!!!??







Thursday, January 14, 2010

ANUGERAH ILLAHI






Memiliki sepasang mata yang cantik adalah anugerah ILLAHI sejak aku dilahirkan ke bumi lagi. Mak aku pernah bercerita, sepasang mata kecilku mendapat pujian daripada sesiapa saja yang datang menziarahinya sewaktu berpantang selepas melahirkan aku.. (Heheh, mata je ke mak?) Tapi, sampai sekarang.. pasti ada yang memuji sepasang mataku itu.. ALHAMDULLILAH. (ASAL orang nak ngorat aku je.. yang pertama diorang puji.. MATA la..! hahah)

Buat Entry pasal MATA ni, sebenarnya bukan berniat nak riak, tapi.. untuk menyatakan bahawa aku tersangat la bersyukur akan anugerah dari ALLAH S.W.T ini.



Heheh.. cuba tengok mataku ini... diambil sewaktu ku di alam remaja dulu!!


v
v
v
v
v





Mataku di zaman dewasa.. heheh.. sekarang ni la!!


v
v
v
v
v





Amacam.. Comel tak Mataku itu?
(Ada sesiapa yang boleh bagi petua untuk mengelakkan garis-garis penuaan kat area mata tu? Heheh.. TAKUt la...! Nanti, belum sempat kahwin, dah nampak HODOH pulak mataku!! )



By The Way...

Korang perasan tak, betapa banyaknya kelebihan yang korang ada??






KISAH AKU DEMAM..

Salam..

Pagi SELASA, rasa semacam je.. tapi, gagahkan diri ke ofis!
Tau tak? Drive 45 minit, dok kat ofis tak sampai satu jam dan drive balik umah pulak!! Tak tahan la aku kat ofis tu.. sejuk giler!! Menggigil giler aku!! Dah la pakai baju OPEL yang nipis giler,walau dah lining, terasa gak kenipisannya!!
(Rugi ko melaram cantik-cantik, pakai tak sampai sejam pun!)

Inform kat bos, minta sign form balik.. Cau cin cau!! Terus aku balik!! Tak tahan punya pasal, tak sampai setengah jam, dah sampai kat rumah! Amek ko,..
Macam F1 je drive!

Makan ubat dan TIDUR sampai ke petang!.. Bila bangun, kepala masih berat lagi... sah aku DEMAM beb!!

Pagi RABU, ke klinik.. dapat MC 2 HARI.. Mak oih, memang demam yang , melampau aku ni... Campur dengan JUMAAT & SABTU.. dah jadi 4 hari setengah aku kena melepak kat umah!!
Hui.. lama tu, kalau cuti biasa kan best? Boleh jugak aku keluar merayau! Ni idak, DEMAM.. mana larat nak keluar...?

Pagi KHAMIS, heheh.. dah ok rupanya! Bagus la ubat dari KLINIK PERDANA tu!! Ok je ni! Dah la servis cepat dari spital gobermen, UBAT pun bagus!! Tak demam dah ni, tapi, tetap tak gi ofis... heheh.. MC kan 2 hari? lepak je la kat umah.. Lagipun, karang kalau aku gi kan, tetiba dok dalam air-cond tu... DEMAM balik ? Sapa susah? Aku jugak kan? Bukan ada orang yang tolong susah pun!!
( My love one pun.. sibuk manjang ni, sampai lupa kat aku yang dok DEMAM ni! )
Lagi satu, Lupakan aje MAJLIS GOTONG-ROYONG AS-SYURA kat ofis tu..
TANPA aku, diorang boleh survive juga...
( Edisi merajuk ke ni..?? )


Apa-apa pun, hari ni aku nak lepak kat umah... SIAPKAN JAHIT MANIK KAT BAJU AKU tu.. BOLEH PAKAI HARI AHAD NI !!!!
Dah siap, aku tunjuk kat korang ye?.. Nak Tengok tak?

Then, esok & lusa... bawa anak saudara jejalan makan angin!!
Hmm... BEST tu! Nak ke mana ye? BEACH? WATERFALL? or... MALL only?? Apa-apalah.. janji aku dah sihat sepenuhnya!!



p/s.. Check la kat entry sebelum ni.. UPDATE BAKAL PEMENANG!!!
Kalau gambar anak korang takde kat situ, maklumkan balik ye.. segala kekurangan amatlah dikesali!!




Monday, January 11, 2010

HUHU.. AKU DEMAM

HARI NI..
BADAN TERASA LEMAH JER..
KEPALA PANAS DAN KAKIKU SEJUK.. DAH DEMAM RUPANYA.. HUHU.. TAK BEST LA!!
INGATKAN NAK BUAT ENTRY PASAL CALON CONTEST AKU TU..
TAK LARAT..
TENGOK LA YE.. ESOK-LUSA, KALAU TAK MELARAT DEMAM AKU, AKU AKAN UPLOAD GAMBAR BABY YANG SIAP AKU REVIEW..
DAN... KALAU ADA TERMISS, KORANG TINGGALKAN JEJAK SEKALI LAGI YE?
SORI..



HAPPY FACES AT PLAYGROUND CONTEST

NAK SUPPORT RAKAN BLOGGER...

JOIN CONTEST YANG DIANJURKAN OLEH MAMA SYAFI SEMPENA HARI KELAHIRAN BELIAU DAN TAHUN BARU..







Syarat-syarat penyertaan:

  1. Mesti menjadi follower kepada Mama Syafi & Little World Gallery. - DONE
  2. Letakkan link Mama Syafi & Little World Gallery di dalam bloglist anda.-DONE
  3. Letakkan banner “Happy Faces at Playground Contest” Mama Syafi & Little World Gallery beserta link di side bar blog anda.-DONE
  4. Pastu, letakkan gambar kanak-kanak di playground. Pastikan hanya satu gambar sahaja yg dimasukkan.-DONE
  5. Mention nama kanak-kanak, pertalian dgn kanak-kanak, umur dan tarikh lahir di bawah gambar.-DONE
  6. Sila tinggalkan link contest anda di bahagian comment. Link yg ditinggalkan di shoutbox tidak akan dilayan ok.

Perhatian:

  1. Gambar mestilah menunjukkan suasana di playground, sama ada di shopping complex, kat playground luar, atau permainan berbayar pun ok. Permainan mesti yg stand still. So, basikal tak boleh ok.- DONE
  2. Umur kanak-kanak yg layak ialah antara 1-4 tahun.- 3 YEARS
  3. Kanak-kanak itu mestilah ada pertalian saudara tak kisah lah sama ada anak, anak sedara, adik atau cucu pun boleh (kalau ada la kan..). Anak jiran, anak kucing, anak tekak tu sume tak boleh ok. - ANAK SAUDARA
  4. Calon yg tak memenuhi syarat akan disqualified. So, sila pastikan semua syarat dipenuhi. - DAH LA
  5. Tarikh akhir contest adalah pada tarikh birthday anak aku, Syafi yg ke-2 tahun iaitu 19/2/2010 pukul 10.10pm. - JOIN DATE : 11 JANUARY 2010
  6. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg paling happy di playground.- SURE HAPPY!
  7. Keputusan adalah muktamad. Sebarang komplen dan surat menyurat tidak akan dilayan. - CONFIRM TAK KOMPLEN
GAMBAR TARUHAN...


v
v
v
v
v
v
v
v
v









FARIS IZ'ANN BIN MOHD FADDIL
25 OCTOBER 2008
ANAK SAUDARA PRETTY ZAZA


JOM PAKAT RAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN CONTEST NI.. BERMINAT?
SILA LA KLIK KAT BANNER CONTEST NI DI SIDEBAR BLOGKU INI..





PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST- attention to all MOMMY & DADDY


Salam semua....

Dah review korang punya N3 untuk contest aku...
TOLONG ye..,
Masih ada yang belum jadi follower...
Dan Banner Contest kat sidebar blog korang tu, Check sekali lagi.. ada yang salah link ke Entry Fresh Up..tak jadi!! MESTI linkkan ke FIRST ENTRY yang bertarikh 5 JANUARI 2010.
Pastu, ada juga yang telupa terus pasal banner tu.

Check balik ye.. BABY dah comel.. tapi, kalau tak memenuhi syarat...REJECT!!
SAYANG la KAN?????